Thursday, October 17, 2013

Kehidupan berjiran dahulu dan kini.


 
Zaman dahulu.
Kalau kita mengimbau kembali kehidupan datuk nenek kita pada zaman dahulu sangat jauh beza suasana kejiranannya, terutamanya dari segi pergaulan sesama mereka dan juga pertanggungjawabannya, berlaku sebegini mungkin disebabkan persekitaran mereka yang terhad bilangan penduduk di sesuatu kampung dan membolehkan mereka senang mengenali di antara satu sama  lain.Biasanya pada pada zaman itu setiap penghuni di kampung itu mereka kenal tanpa kecuali termasuk anak-anak yang telah besar, malah ditambah lagi mereka juga mengenali  penduduk kampung yang berdekatan.Naluri mereka suka berkawan dan berpakat, tegasnya kehidupan mereka dengan jiran bagai aur dengan tebing.
 

Siapakah jiran kita?
Jiran ialah mereka yang tiggal setempat, sekampung atau setaman perumahan dengan kita, dikira dari rumah kita 40 buah rumah ke kanan, ke kiri, ke depan dan 40 buah rumah di bahagian belakangnya.
Islam memang mempunyai peringatan khas untuk penganutnya khusus mengenai jiran ini sehingga Rasulullah.s.a.w. menyangka jiran boleh mewarisi harta pusaka.

 Sabda Rasulullah.s.a.w.
"Sentiasalah Jibrail berwasiat padaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk mewarisi (mendapatkan harta pusaka)"
- Riwayat Bukhari dan Muslim -

Demikianlah pentingnya jiran di dalam sesuatu kehidupan bermasyarakat sehingga jiran yang bukan Islam pun diambilkira dan tidak dipinggirkan.Jiran yang bukan Islam mempunyai satu hak untuk ditangani atau dilayan.

Hak dan tanggunjawab terhadap jiran.
Jiran sesama Islam: (1) Bertanggungjawab sebagai sesama Islam, (2) Bertanggungjawab sebagai sesama jiran, (3) Kalau yang ada hubungan keluarga ditambah tanggungjawab sebagai ahli keluarga.
Jiran bukan Islam, orang Islam berkewajipan  melayaninya sebagai jiran .

Banyak Hadis Rasulullah.s.a.w. dinukilkan berkaitan dengan kehidupan berjiran.

- Rasulullah.s.a.w. bersabda,
 مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَ اليَوْمِ الآخِر فَلاَ يُؤْذِيْ جَارَهٌ
mafhumnya,
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah ia menyakiti tetangganya.
(HR Bukhari no: 5559).

- Rasulullah.s.a.w. bersabda 
خَيْرُ الأصْحَابِ عِنْدَ الله خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَ خَيْرُ الجِيْرَانِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ
bermaksud,
Sebaik-baik sahabat adalah yang paling baik terhadap sahabatnya, dan sebaik-baik tetangga adalah yang paling baik terhadap tetangganya. 
(HR Tirmidzi no: 1867, Shahih).
____________________________________
Beri laluan untuk iklan sebentar.
 

 _____________________________________________
Zaman ini.
 Kini masyarakat Malaysia telah banyak berubah, dari masa ke semasa bukan sahaja manusia berubah, muka bumi dan cuaca pun berubah, ramai anggota  masyarakat sekarang telah bekerja dengan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta, mereka bekerja siang dan malam sehingga sebahagiannya tidak sempat memperdulikan jiran dan masyarakat sekeliling.Penglibatan kerja dan pusingan jadual kerja begini memberi kesan juga kepada emosi dan cara berfikir masyarakat sekarang.

Mereka yang tidak mengambil berat atau kurang menghayati kehidupan   secara Islam, maka segala pesanan Rasulullah.s.a.w.  mengenai kewajipan berjiran akan diabaikan begitu sahaja tanpa merasai apa-apa penyesalan.Kelemahan ini tertonjol di dalam  komuniti yang hidup di bandar besar atau bandaraya, terdapat individu tertentu tidak langsung memperdulikan jiran,( tidak ramai tetapi semakin meningkat)  berlaku tidak bertegur sapa dengan jiran sebelah ( bukan kerana bergaduh , cuma tidak berminat untuk berpakat ) walaupun kehidupan harian mereka berkongsikan dinding dan pagar rumah, di dalam satu lorong di kawasan perumahan yang jumlah rumahnya hanya 40 pintu atau kurang 50 pun terdapat di kalangan mereka yang bersikap penting diri dan tidak mengenali jiran-jiran. 
Walau pun wujud persatuan penduduk mereka ini menjauhkan diri, jika diadakan aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim, mereka pula berkurung diri di dalam rumah atau awal-awal lagi telah membuat program lain untuk keluarga mereka bagi mengelakkan daripada menghadiri majlis pakatan penduduk.Mereka ini tidak kenal jiran walaupun yang paling hampir dan membiarkan keadaan serta situasi itu seperti mereka mula-mula menetap di tempat tersebut.

Senario dan gejala ini menuntut masyarakat Islam  berusaha mengatasinya dengan tindakan yang berhikmah, situasi ini jika tidak ditangani akan mengundang keburukan yang lain pula di hari muka.Situasi ini jelas dan nyata menggambarkan mereka ini tidak faham Islam, kalau faham tentulah mereka akan menghayati Hadis yang pernah disabdakan Rasulullah.s.a.w.mengenai peri mustahaknya menghormati jiran.

Kemahiran berjiran.
Kemahiran berjiran dan berkawan tidak memerlukan ilmu yang tinggi, ilmu sederhana tinggi pun mencukupi, mereka yang berilmu tinggi dan berpangkat tinggi pun terkadang tidak memiliki kemahiran berjiran dan berkawan, ilmu tidak cukup sekadar teori atau maknawi sahaja, ianya memerlukan amali, peraktikal dan aplikasi terhadap teori yang tersimpan di dalam minda. Bersikap sederhana yang tidak dibaluti  sifat ego dan sombong diri atau penting diri akan membantu dalam menghayati hidup berjiran.

Sekian...والله أعلم

No comments: