Sunday, May 8, 2011

Menyedari aqidah Islam terancam.

Salam semua.
 
Kebimbangan.
Kebelakangan ini luahan rasa dan kebimbangan terhadap terhakis atau terancamnya aqidah Islam di kalangan orang Islam yang lemah pengetahuan Islamnya , khasnya berkaitan ilmu Aqidah, luahan rasa ini telah pun dipamerkan di khalayak umum oleh banyak pihak melalui media massa dan sedang menjadi isu yang sedang dibincangkan.Walaupun belum pasti semuanya benar tetapi sebahagiannya berpijak di bumi yang nyata dan tindakan yang wajar bagi memperkasakan aqidah orang Islam perlulah diambil. Kalau pun tiada apa-apa ancaman luaran tetapi ianya tetap wujud ancaman dalam diri sendiri, jika tidak ditangani dengan cara menyebar dan menyampaikan ilmu dan pengetahuan Islam sesama sendiri ianya akan terus dibimbangi ramai.

Tindakan.
Kalaulah senarionya telah dapat dikesan bahawa aqidah Islam akan terancam disebabkan gerakan dan perancangan musuh Islam, sejauh manakah orang Islam dapat menghalang perancangan mereka, perancangan sudah tentu tidak akan berlaku di depan mata, sebaliknya akan berlaku di belakang tabir yang tebal sifatnya, kiranya rancak berlaku sekali pun tidak akan kelihatan aktivitinya.

Mungkin di samping kita memberi fokus kepada kegiatan dan aktiviti musuh serta kita juga telah mengetahui dan menyedari hakikatnya . Dikatakan lebih 200.000 umat Islam telah pun murtad, isu ini bukanlah isu tenggelam timbul tetapi ianya berterusan. Fokus yang amat penting selepas kita menggemburkan isu ini ialah perancangan dan program kita sendiri. Perancangan dan program memperkasakan ilmu Islam juga secara berterusan, khasnya ilmu Aqidah di kalangan umat Islam itu sendiri, sudahkah kita nyahkan halangan yang wujud supaya perancangan dan program yang akan dijalankan berjalan lancar dan berkesan.Cukupkah tenaga manusia yang layak dan akan digunakan bagi memeriahkan aktiviti dakwah tersebut. Pernahkah kita membuat kajian terhadap bilangan pendakwah yang sedia ada atau tauliah yang telah dikeluarkan selama ini , adakah nisbah pendakwah atau pemilik tauliah dengan penduduk Islam di dalam sesuatu negeri mencukupi dan munasabah serta memadai.
Semua permasalahan tersebut perlulah diteliti,dikaji dan dibuat tindakan susulan. Inilah sahaja senjata yang mampu mengatasi kesyirikan dan kemurtadan yang ditakuti itu di samping tindakan yang sedang dilakukan juga diambilkira dan diteruskan.

Jangan hendaknya di satu pihak menimbulkan kebimbangan kerosakan aqidah Islam tetapi di pihak yang lain pula sangat kedekut dan lokek untuk mengeluarkan  atau memberi tauliah kepada mereka yang berminat untuk menyebarkan Islam, mereka yang bertugas dan berkuasa mengeluarkan tauliah bukan semata-mata bekerja kerana mana-mana jabatan  tetapi mereka itu sebenarnya bekerja kerana Allah dan  semestinya akan dinilai dikemudian hari.

Oleh itu sama-samalah kita berusaha mempertingkatkan ilmu Islam di kalangan masyarakat supaya kesyirikan dan kemurtadan tidak berlaku secara berleluasa atas sebab kelalaian kita.Sekiranya tindakan tersebut diabaikan maka apa pun yang diperkatakan akan menjadi sia-sia sahaja.

Sekadar pandangan dan renungan sepintas lalu.
 
Sekian...wallahu aklam.











No comments: