Thursday, May 26, 2011

Alamat kiamat.(puisi)

Salam semua.

Ulamak dicerca sudah berulangkali.
Mati beramai-ramai sering disaksi.
Fitnah memfitnah setiap hari.
Bukankah ini alamat kiamat lagi.

Hanya untuk muhasabah di pagi hari.
Supaya kita sentiasa berhati-hati.
Agar senang selepas mati.
Muhasabah didahulukan diri sendiri.

Lampu padam dipasang lilin.
Tiada daya menahan keruntuhan.
Memuji diri memburukkan orang lain.
Kononnya hero memberi pertolongan.

Tanah runtuh menimpa pokok palas.
Sebahagian bangunan ranap rebah.
Berilah pertolongan dengan ikhlas.
Ikhlas bermaksud kerana Allah.

Sekian...wallahu aklam.

1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

sharing yang baik sekali.. terbaek. :D sampaikan dakwah secara puisi. hebat..