Monday, September 26, 2011

Mohon maaf - (puisi)

Salam semua.

Mari kita sama-sama berpantun.
Pantun bukan sebarang pantun.
Sebelum berpergian memohon ampun.
Agar perjalanan penuh santun.

Lama sudah kita bermesra.
Walaupun tidak pernah berjumpa.
Sekadar di alam maya kita bersua.
Namun terkandung pahala dan dosa.

Yang berpahala diminta tambah.
Yang berdosa diminta maaf.
Agar perjalanan penuh barakah.
Setelah semua memberi maaf.

Lebih sepurnama tinggal pangkalan.
Bukan mencari harta yang hilang.
Cuma mencari amal keredaan.
Yang dahulunya niat terhalang.

Pemergian ini memang dirancang.
Pertanda keizinan telah terserlah.
Empat Zulqaedah akan terbang.
Dari KLIA menuju Madinah.

Semua kekawan diminta doakan.
Agar pekerjaan sempurna ditunaikan.
Sihat tubuh badan amat diharapkan.
Semua yang tinggal Allah selamatkan.

Kalau berbalah biarlah berkesudahan.
Supaya kehidupan tidak rugi.
Salah dan silap mohon dimaafkan.
Kalau ada usia kita berjumpa lagi.

8 comments:

PESONA said...

Assalamualaikum Tuan,

Hadapi lah dugaan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan penug kesabaran......Semuga tuan selamat dalam menunaikan Ibadah Haji dan juga memperolehi Haji Mabrur.....InsyaAllah

Leenoh said...

Waalaikumussalam pesona.

Amin, doa tuan/puan sangat bermakna bagi kami suami isteri...Terima kasih.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam dari srengenge,

Moga dapat haji mabrur.

Dipermudahkan segala urusan .

Doakan untuk kami semua.

Kalau jumpa Ciklie sampaikan salam saya.

Jumpa lagi di alam maya.

Leenoh said...

Salam...amiin...terima kasih ...Insya Allah akan doakan...saya juga berharap akan berjumpa Ciklie. jika berjumpa insya Allah salam akan disampaikan.

siti ajar bt yaakob said...

salam ustaz,..semoga kembara suci ustaz dirahmati dengan ganjaran haji mabrur...insyaallah.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

assalamualaikom tuan haji,

Selamat pulang membawa berkat.......doakan mabrur mabrur mabrur.

Mungkin tak jumpa CL.....dia pulang sebulan wukuf kerana kakaknya sakit

wassalam

Leenoh said...

Salam Cikgu Siti Ajar.
Terima kasih atas harapan dan doa anda.

Leenoh said...

W.salam.
Terima kasih Cikgu Srengenge, memang betul saya pergi cari tetapi tidak ketemu.