Thursday, May 19, 2011

Hujan rahmat (puisi)

Salam semua.

Puisi untuk suka-suka sahaja. Kalau anda suka boleh juga baca.

Hujan rahmat Allah telah turunkan.
Tentulah sangat gembira si anak ikan.
Ikut pema Mei adalah musim hujan.
November/Disember padi dituaikan.

Sambil itu petani menangkap ikan.
Dibawa balik dimasak makan.
Gembira sekeluarga bahagia sakan.
Walaupun hanya cukup makan.

Ayam itik lembu kerbau jadi rakan.
Anak sungai bekalkan udang dan ikan.
Semuanya halal boleh dimakan.
Hidup aman tanpa persengketaan.

Zaman dahulu lebih bersopan.
Banyak aktiviti menggunakan sampan.
Tanpa suara bergerak dengan sopan.
Pencemaran sifar juga diciptakan.

Kertas terpakai jadi bungkusan.
Senang lupus setelah digunakan.
Kata orang baik untuk kesihatan.
Kini plastik telah digantikan.

Nampak canggih tetapi ancam kesihatan.
Penggunaan plastik mula dihadkan.
Seminggu sekali tidak disediakan.
Latih rakyat tanam kesedaran.

____________

Rumah besar banyaklah cerminnya.
Haba panas banyak tidak terkira.
Terpaksa pasang pendingin hawa.
Mengapakah ancaman ini tidak dijaja.

Bangunan berasaskan kayu terbaik jua.
Ancaman tetap ada juga.
Mudah terbakar apabila leka.
Harganya mahal kurangnya rimba.

Dunia berubah setiap ketika.
Akibat aktiviti manusia jua.
Perjalanan ke syorga atau neraka.
Suka atau benci itulah halatujunya.

No comments: