Tuesday, April 30, 2013

Orang yang mengenal Allah tidak akan menjadi syirik.



Saya terpanggil sekali lagi untuk menulis mauduk ini kerana dirasakan terdapat keperluan semasa di mana kini ramai orang Islam berkarya dan menyebarkan maklumat di alam maya yang telah menjadi budaya zaman kini, aktiviti itu perlu disusuli dengan ilmu makrifahtullah, kalau tidak dilakukan demikian ramai akan terjejas aqidahnya iaitu akan rosak pengakuan syahadah kita.

Merujuk kepada tajuk/mauduk ini iaitu "  اول الدين مغرفة الله  - Awaluddin Makrifatullah" yang bermaksud perkara yang utama atau yang wajib didahulukan di dalam agama/addin ialah "Mengenal Allah" untuk mengenal Allah pula maka wajiblah kita mempelajari Ilmu Aqidah ( Ilmu Tauhid ) tanpa menguasai ilmu ini aqidah seseorang itu akan senang terjejas dan rosak , rosak bermakna menjadi syirik, murtad atau kafir.

Hanya Ilmu Aqidah/Ilmu Tauhid yang tersemat di dada sahaja yang dapat memelihara iktiqad seseorang terhadap anutan Islam di hatinya, pandai ilmu bacaan al.Quran atau Feqah sekali pun tidak dapat memelihara aqidah , sebab itu untuk menjadi imam solat diutamakan orang yang lebih menguasai Ilmu Aqidah berbanding dengan orang yang pandai membaca al.Quran, menguasai kedua-dua ilmu itu tentulah lebih utama lagi, ini adalah untuk mengelakkan kita berimamkan orang yang syirik kepada Allah. Tali yang kukuh mengikat iman ialah Ilmu Aqidah.

Orang yang jahil Ilmu Aqidah boleh  berlaku syirik pada bila-bila masa sahaja , Islam dan syirik dirinya akan bertukar ganti atau bersilih ganti, mungkin disebabkan kepercayaan terhadap sesuatu, perbuatan atau percakapannya. Rajin ke masjid atau bersolat berjamaat belum tentu terjamin aqidah seseorang melainkan orang itu mengetahui dan menguasai Ilmu Aqidah.

Akhir kalam disarankan di sini pelajarilah Ilmu Aqidah supaya iman di dada dapat dijaga dan dipelihara, sudah tentunya orang yang kenal Allah tidak akan menjadi syirik dan kehidupannya pula akan berlandaskan  al.Quran dan as.Sunnah.

ِ_____________________________________________________
Laluan Iklan.



 ____________________________________________________
Sekian...Wallahu aklam.... والله أعلم

No comments: