Friday, July 19, 2013

Sedang bersolat terlintas kejadian kehilangan @ kemalangan kanak-kanak.

 


Merujuk kepada tajuk yang dinukilkan khas untuk perbincangan ini.Di dalam cerita keserokan dan kegemilangan menghayati Ramadan terdapat juga cerita yang mendukacitakan dan mengecewakan, terlintas di hati kecil ini tentang ketegasan orang kita mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak atau leka dan lalai mengawal anak-anak.atau tahap pertimbangannya rendah.atau apakah sebenarnya.

Malam tadi sedang kami bersolat Maghrib tiba-tiba datang dua orang kanak-kanak melintasi saf depan yang panjang itu beberapa kali, seolah-olah dua kanak-kanak tiada waris atau penjaga yang bimbang terhadap diri mereka di tengah- tengah ribuan manusia, walaupun di masjid dalam ramai itu terdapat yang tidak jujur malah pencuri pun wujud.

Saya yang tidak mantap khusyuknya senang terlintas perkara lain ketika sedang bersolat, setelah beberapa kali kanak-kanak itu melintas minda terfikir hal keselamatan kanak-kanak tersebut, bimbang akan berlaku kemalangan atau kehilangan.Bayangkan kanak-kanak yang berjalan pun belum mahir dibiarkan merayau di dalam masjid yang begitu besar bersama rakan/kakaknya yang rasanya dalam usia 4 tahun sahaja.Kanak-kanak ketika dilahirkan seumpama kain putih kalau sentiasa dibiarkan berada di luar fokus mata tentulah yang putih akan cepat menjadi hitam. Dalam hal ini kanak-kanak itu tidak salah mereka ibarat malaikat, tiada dosa bagi mereka.



Malam sebelumnya berlaku peristiwa hampir serupa iaitu dua kanak-kanak juga yang usianya lebih kurang 3 tahun dan seorang lagi 4 tahun bermain-main di belakang penceramah yang sedang memberi kuliah di meja yang terletak di bawah pentas, mereka berdua naik ke atas pentas yang dikhaskan untuk sesuatu majlis yang sering diadakan dan bermain-main di atas pentas itu , sempat mereka menyelerakkan beberapa objek di situ.

Tidak dinafikan membawa kanak-kanak ke masjid itu suatu perbuatan yang baik dan dapat menjinakkan mereka dengan masjid tetapi yang tidak baik itu mungkin sikap kita yang leka dan lalai terhadap langkah kawalan yang sepatutnya berfungsi sepanjang masa. Seolah-olah pergi ke situ utk berehat-rehat kerana berpeluang melepaskan anak- anak bergerak bebas di tempat yang luas dan selesa itu dan lupa kepada niat (nawaitu) asalnya.


Perkara yang dibimbangkan di sini ialah keselamatan mereka, zaman ini merupakan zaman yang sukar hendak mempercayai sesiapa terutamanya yang tidak dikenali, kehilangan kanak-kanak dan anak gadis sering berlaku dan sering tersiar di dalam media massa, selain itu pernah berlaku kemalangan anak kecil terjatuh di dalam masjid sehingga berlaku kematian pada ketika semua orang sedang bersolat hari raya ( tidak pasti masjid dan tarikhnya )

Dalam proses mendidik anak-anak  ibu bapa sebenarnya memerlukan ilmu,  kesabaran dan disiplin yang tinggi dan istiqamah sehinggalah mereka melepasi usia remaja.
___________________________________
Perkara yang dijangkakan akhirnya berlaku.
Kebimbangan saya akan berlaku kehilangan atau kemalangan akhirnya berlaku, Pada malam 23 Julai 2013 sebelum solat Isyak pihak pengurusan masjid mengumumkan seorang ibu sedang mencari anak dengan menyatakan nama, umur dan warna baju yang dipakai oleh kanak-kanak tersebut, tentu sekali setelah ibu itu puas mencari dan tidak berjumpa barulah mengadu kepada pihak masjid, tiga kali pengumuman dibuat, setelah selesai solat Tarawih kanak-kanak tersebut belum dijumpai ( berita yang tidak dapat disahkan ), perkembangan sehingga kini wallahu aklam, sama-samalah kita berdoa agar kanak-kanak tersebut akhirnya dijumpai dengan selamat...amiin.
Seharusnya penjagaan terhadap kanak-kanak yang belum mumaiyiz jangan dibiarkan sesaat pun  terlepas daripada pandangan mata penjaga atau pengasuh dan pastikan sentiasa ada orang yang memantau mereka.
Tidak sepatutnya mereka dibiarkan berlegar-legar bersendirian atau bersama rakan sebaya di dalam kesesakan ribuan manusia.
_________________________________

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KESEJAHTERAAN    HIDUP BIAR PUN DI MANA KITA BERADA.

Sekian... والله أعلم

No comments: