Monday, February 8, 2010

Mendapat hidayah Allah.

Salam semua.

Perlu diinsafi dan disedari bahawa taufik dan hidayah (petunjuk ) yang dianugerahkan Allah kepada manusia sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan kepada keadaan zahiriah seseorang individu.

Sebaliknya,
Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya , akhirnya jadilah mereka itu hamba Allah yang benar-benar beriman dan bertakwa .

Peluang yang terbuka untuk mendapatkan taufik dan hidayah adalah berada di dalam Al.Quran, oleh itu baca dan fahamilah Al.Quran, insya Allah kita akan kenal Allah (Tuhan) yang mencipta sekalian alam ini, termasuk mengenal diri kita sendiri.
__________________________

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Surah Yunus, ayat 57)

____________________________________________________

[272]
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

Surah Al.Baqarah

_________________________


Sekian.Wallahu aklam.


3 comments:

Mak Su said...

org luaran memandang dgn perasaan judgemental

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Semoga mereka mendapat alat pengukur dan penimbang yang betul dan adil untuk diri mereka sendiri. insya Allah.

Anonymous said...

subhanallah!!!!!!!!!!indahnya islam.tapi mengapa kita umat islam sanggup mencalarkan maruah islam??