Wednesday, February 24, 2010

Allah menerangi langit dan bumi .

Salam semua.

Firman Allah di dalam Surah An.Nur ayat 35.


Maksudnya.


[35]
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Surah An.Nur

_________________________________________________________




Sekian. Wassalam.

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

bila sebut pasal surah An-Nur tu teringat masa sekolah menengah dulu... hhuhuu


sbb ustaz selalu suruh baca quran dalam kelas, mesti saya yang disuruh baca hehehe...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Pak Ngah teringat mentol lampu yang sedang menyala kerana keadaannya api di dalam kaca.
Apa pun Allah itu Maha Pencipta.