Friday, February 19, 2010

Balik Kampung - Restoran Sadar - Terminal Feri Pulau Pinang - 05

Salam semua.

Isnin 15.02.2010.

Bertolak balik dari kampung jam 9.00 pagi, singgah di Tanjung Dawai, sesampai di Tanjung Dawai kelihatan sepanjang jalan dipasang dengan khemah berwarna putih untuk aktiviti Karnival Tanjung Dawai, kami berada di sini lebih kurang 40 minit sahaja, setelah siap membeli ikan bilis, ikan kering dan lain-lain .

Kami bertolak pula ke Sungai Petani dan singgah jamu s
elera di Restoran Sadar, restoran ini terkenal dengan ikan bakar , daging bakar dan masakan lain yang memang mempunyai peminat yang sangat ramai, air asam, sambal belacannya sangat istimewa rasanya yang lazat itu menjadikan ulaman juga turut rasa lazat dimakan. Gulai ikan dan sup juga tidak kurang lazatnya, restoran ini merupakan restoran pilihan saya dan pilihan ramai lagi pelanggannya sejak puluhan tahun dahulu, ianya terletak di Taman Ria bertentangan dengan Gedung Pakaian Jakel dan tidak jauh dengan Bank Islam serta Tesco, lokasinya juga tidak berapa jauh dengan Masjid Taman Ria.

Restoran Sadar patut mendapat pujian kerana restoran ini tidak menjual rokok dan lain-lain makanan yang merosakan kesihatan dan dilarang oleh Islam. Menggunakan daging tempatan dan pembelian ayam untuk dimasak sangat diteliti tentang kesuciannya.

Selepas menziarah sepupu dan jiran lama di Sg.Layar Hujung, kami pun terus memulakan perjalanan ke Bukit Gelugur Pulau Pinang dan sampai di Kg. Kastam hampir waktu zohor dan solat Zohor Jamak Taqdim di sini.

Kami masuk ke Pulau Pinang melalui laluan feri, di sini saya mengambil kesempatan mengabadikan panoramanya melalui kamera yang tersedia di telefon bimbit.

Gambar yang diambil sebelum sampai ke feri.Menunggu giliran untuk naik ke feri.

Di atas feri - kepala feri - kebanyakan gambar di"snap" dari sini.


Dah mendarat di pulau - pejabat kerajaan - belok kiri menuju ke lebuh raya tepi pantai - arah ke Jelutong, USM, Bukit Jambul, Bukit Gelugur, Batu Uban, Jambatan Pulau Pinang. Pantai Jerjak, Bukit gedung, Bayan Lepas, Sungai Ara, Tabung Haji, Relau dan lain-lain.

Stesen Bas berada di sebelah kiri laluan keluar dari feri.

Sekian.Wassalam.

2 comments:

Dee said...

rindunya..dh lama x naik feri pulau pinang..

Leenoh said...

Salam Dee.

Naik feri Pulau Tioman pun pergi Tanjung juga .....he3.