Tuesday, February 9, 2010

Serkap ikan - Tertikam duri keli - Aduh sakitnya.

Salam semua.

Sekali-sekala elok juga bersan
tai, jangan hendaknya fokus pada suatu perkara sepanjang masa nanti minda akan menjadi lemah dan badan pun turut menjadi lemah dan tidak bertenaga.

Pada pagi ini dengan tidak semena-mena saya teri
ngin memasak, semua bahan masakan memang sentiasa bersedia di dalam Peti Sejuk, biasalah belian selalunya cukup untuk dua tiga hari atau barangan dapur yang dibeli semalamnya boleh digunakan hari ini,biasalah ramai orang buat macam tu, pilih sahaja apa yang hendak dimasak.

Ini dia bahan masakan yang saya pilih.

Dah dibersihkan

Siap dipotong.

Dibasuh sekali lagi dengan air asam dan air garam untk nyahkan hanyirnya. Di Kedah ramai juga orang yang tidak makan ikan darat , walaupun mereka anak sawah, kekadang ada sejarahnya yang tersendiri yang menyebabkan tekak mereka tidak menerima ikan darat , sebab lazimnya yang menyebabkan mereka tidak suka makan kerana bau atau hanyirnya. sebenarnya ada cara utk menghilangkan hanyir tersebut. Saya pun ada sejarah yang hendak diceritakan di entri ini pasal ikan darat , sila baca di bawah ini nanti. Kemudian saya akan ceritakan pula mengenai pengalaman timba telaga ikan di musim kemarau di kawasan sawah yang tidak berapa jauh dengan pantai Merdeka. Kebanyakan ikan di dalam telaga itu ialah ikan haruan bersaiz besar . bila dia bergerak di dalam air yang cetek kelihatan belakangnya seperti seekor biawak.... huhuh. Cerita ini akan dimuatkan di dalam salah satu entri akan datang.

Bawang untuk ditumis bagi mendapatkan aromanya.

Wah senangnya dah masak pun,
gulai rupanya... hahaha gulai jantan lagi.

Ini untuk digoreng.

Selepas ini masak sayur pula.
Sawi,udang kering dan bawang sudah disediakan,cuma cabai (cili) belum disediakan lagi, semasa saya menyiapkan entri ini masih di awal pagi, kurang baik memasak terlalu awal, terutamanya sayur,
Sayur baru saja mendidih.

Tu dia sayur pun dah masak

Nasi belum masak baru naik buih,
sebentar lagi insya Allah masak, sekarang baru jam 11. 45.
____________________

Masih menjadi kenangan .
Semasa saya remaja dulu, saya suka turun ke bendang menangkap ikan dengan menggunakan serkap ( imej serkap tertera di atas ), air bendang ketika ini sangatlah keruh kerana bendang sedang dibajak atau petani sedang membuat persediaan untuk menanam padi, cara menyerkap itu hanya dengan mengharapkan nasib sahaja, ikan tidak kelihatan kerana airnya keruh, kekadang terserkap ular, tidak akan diketahui sama ada ular atau ikan melainkan setelah diseluk ke dalam serkap, ikan atau ular yang terperangkap di dalam serkap mereka akan berusaha menyelamatkan diri dengan merempuh jejari serkap untuk keluar, ketika itu kita akan terasa sentuhan atau rempuhan, rempuhan itulah sebagai petunjuk bahawa ikan telah terperangkap , Biasanya kita tidak menggunakan sarung tangan.

Saya pernah terkena sengat ( duri ) ikan keli semasa menangkapnya di dalam serkap kerana ikan yang terperangkap itu tersangat kecil iaitu hanya lebih besar sedikit daripada lubang jejari serkap sahaja, ikan bersaiz kecil agak susah hendak ditangkap, akhirnya salah satu jari tangan saya tertikam oleh duri ikan keli tersebut, tikamannya masuk agak dalam, terpaksa mendapatkan pertolongan orang lain untuk menarik keluarnya supaya duri itu tidak patah di dalam dan meninggalkan bakinya, walau bagaimana pun tertinggal juga sedikit baki durinya di dalam jari yang kena tikam tadi, selepas itu jari tersebut bengkak dan beberapa hari kemudian bernanah pula.

Sebaik sahaja ditikam duri anak keli tersebut, terus rasa sakit dan denyutan atau kesan kesakitan itu sehingga ke paras bahu terutamanya di bawah ketiak. parut yang ditinggalkan itu berpanjangan sehingga beberapa tahun barulah hilang.


Sekian. Wallahu aklam.

4 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

kat mana beli ikan keli tu...

sedap pulak nampaknya......


kena sengat... mmg bdenyut denyut...
tapi mesi ikan tu kena ketuk sampai mati hehehehee

kesian ikan keli....

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Itu dulu punya cerita... he3. ikan yang Pak Ngah masak ni ikan baik, ikan yang hidupnya di dalam bandaraya, bergerak ke sana dan ke sini dengan kenderaan, bukan berjalan kaki.

Ini, ikan yang tidak sempat dimakan dek keluang, walaupun tinggalnya di Kluang.hehehe.

Dee said...

gulai jantan tu gulai apa ye pak ngah? kalo ada arwah mak bole tya..suka ikan baung lagi..

Leenoh said...

Salam Dee.

Hehehe....Pak Ngah namakan gulai jantan sebab yang memasaknya tu jantan..cara masak tu pakai hentam je.
Walau apa pun waktu makan malam pun masih makan gulai tu lagi. tu dia punya pukulan.