Sunday, February 28, 2010

Al.Quran, Hadis dan Sains.

Salam semua.

Mauduk ka
li ini saya ingin menyentuh secara ringkas mengenai Sains. Sebelum kita membicarakan tentang Sains seharusnya kita menyedari terlebih dahulu bahawa seluruh alam ini adalah ciptaan Allah.

Bumi, langit, manusia, bulan, bintang, nyamuk, kuman, semut dan segala-galanya adalah ciptaan Allah. Lantas manusia ingin mengetahui asal usul kejadian tersebut, rasa ingin tahu itu datangnya dari akal merek
a yang juga ciptaan Allah. Oleh itu manusia membuat berbagai kajian untuk mengetahui hakikatnya, kajian yang terhasil ada yang benar dan tepat , disamping itu banyak juga yang tersasar dari kebenaran dan hakikat. Aktiviti kajian itulah dinamakan ilmu Sains.

Sesungguhnya Ilmu Sains itu datang kemudian berbanding dengan makhluk yang disebutkan tadi. Ketika kita mempelajari Ilmu Sains di sekolah dahulu tidak pernah disebut apa yang telah disebutkan di dalam Al.Quran dan Hadis mengenai Sains atau apa yang dipelajari di dalam subjek tersebut, berbeza dengan situasi pada masa sekarang kerana kini Pendidikan Islam telah mulai merentas kurikulum, itupun terpulanglah sejauh mana penguasaan pengetahuan tersebut dan minat para pengajarnya.

Pendidikan Islam merentas kurikulum bermaksud suatu pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa merujuk kepada ajaran Islam yang mana sumber ambilannya adalah dari Al.Quran , Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak, walaupun rujukannya dibuat secara tidak serius tetapi asas tersebut digunapakai di dalam pengajaran supaya pengajaran tidak merosakkan aqidah para pelajar.

Mengenai perkara ini, marilah kita renung dan fikirkan kenyataan yang terdapat di dalam Al.Quran dan Hadis di bawah ini. Mungkin renungan tersebut akan dapat mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah yang Maha Pencipta.
Penulis sendiri sebenarnya tidak mampu menghuraikan mengenai Ilmu Sains ini, penulisan ini hanyalah sebagai pembuka minda kepada mereka yang lebih menguasainya supaya diserapkan dan diadunkan dengan wahyu Allah yang terdapat di dalam Al.Quran dan Hadis, paparan ini hanyalah petikan sebahagian kecil sahaja.

_________________________________

1 - Dari Surah al.Mukminun.


23:12


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
23:13

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
23:14

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
23:15

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
23:16
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

_______________________________


15:22

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya".
_____________________________

3 - Hadis - 262 . ( Shahih Muslim ).

".................................kata Yahudi itu melanjutkan, "Aku datang hendak menanyakan ( masalah kelahiran anak." Rasulullah.s.a.w..., " Air mani lelaki berwarna putih dan air mani perempuan berwarna kekuningan. Apabila keduanya bertemu, maka, jika mani lelaki yang lebih unggul dari mani perempuan, akan lahir dari perempuan itu anak lelaki. Dan jika mani perempuan yang lebih unggul dari mani lelaki, akan lahir anak perempuan dengan izin Allah." .......Yahudi: "Jawaban anda benar belaka. Dan anda memang sesungguhnya seorang Nabi!" Kemudian dia pergi Maka sabda Rasulullah.s.a.w. Sesungguhnya aku pernah ditanya orang seperti apa yang ditanyakan Yahudi itu. Mulanya aku belum tahu apa-apa mengenai masalah itu, tetapi Allah mengajarkannya kepadaku".
___________________________________

Sekian. Wallahu aklam.


No comments: