Monday, February 8, 2010

Akal dan nafsu.

Salam semua.
Akal dan nafsu.

Ramai manusia menyedari perkara ini kerana Allah membekalkan kepada semua manusia deng
an akal dan nafsu, akal dapat berfikir untuk melakukan kebaikan atau keburukan, manakala nafsu berkeinginan ke arah sehala sahaja iaitu ke arah keseronokan, kepuasaan dan kelazatan hati semata-mata, jika tidak disepadukan dengan akal, kehidupan manusia tidak akan mencapai kesejahteraan yang sejati. Entri ini akan menyentuh sebahagian kecil sahaja daripada pengenalan terhadap dua perkara ini.

Hati yang diserasikan dengan nafsu menginginkan berbagai-bagai, nafsu sentiasa sahaja meresap di hati dan akal agar membuat sesuatu yang menyeronokkan, melazatkan dan mendapat kepuasan, maka minda sentiasa mengkhayalkannya sama ada ketika sunyi atau ketika dimotovasikannya oleh situasi.

Golongan manusia terpilih patut sentiasa bersyukur kepada Allah kerana mereka tidak disediakan peluang melakukan kejahatan yang besar atau tidak diduga dengan dugaan yang besar, kalau tidak mereka juga tidak terlepas daripada dugaan dan dosa berkenaan.

Sekiranya nafsu tidak mengatasi peranan akal, situasi akan menjadi sebaliknya pula iaitu nafsu akan memberi motivasi ke arah kebaikan dan kejayaan serta bertindak secara proaktif. Tanpa nafsu manusia akan menjadi mandom dan lemah.

Untuk meringkaskan entri ini penulis ingin memberi beberapa contoh bagi memudahkan kita melihat perbezaan di anatara akal dan nafsu kerana kedua-dua perkara ini adalah bersifat abstrak dan maknawi dan agak susah sedikit untuk memahaminya, berbeza dengan sesuatu yang mujarat di mana ianya boleh dipegang, dirasa dan ditimbang, sebaliknya perkara maknawi tidak boleh dibuat demikian.

Contoh-1.
Kita rasa sangat lapar dan dahaga.
Pada ketika itulah juga kita mengisikan nasi dan lauk-pauk ke dalam pinggan, sudah tentu kita akan mengisinya berlebihan dan makan pun berlebihan, sedangkan saiz perut kita sama besar seperti hari-hari yang lepas tetapi pada kali ini kita mengisinya berlebihan - ketika mengisikan nasi tadi tidak terfikir pun bahawa selepas makan nasi akan diikuti dengan minum air, pada hal ruang untuk isi air telah diambil oleh nasi dan lauk-pauk, walau bagaimanapun kita sumbat juga air itu ke dalam perut, setelah itu barulah terasa mengah, terkadang tidak mampu dihabiskan, maka dibuangnya pula ke dalam tong sampah - demikianlah dorongan nafsu , ketika itu akal telah beralah - Apabila akal kembali menguasai diri barulah kita menyedari bahawa makanan yang diambil telah melebihi amalan dan kelaziman kita.

Contoh - 2.
Perut sedang lapar.
Jika kita pergi ke pasar ketika perut sedang lapar, situasi ini juga menyebabkan kita akan membeli keperluan
berlebihan untuk hari tersebut, sekiaranya semasa dalam pencarian itu tiba-tiba terjumpa dengan ikan atau udang kegemaran kita, insya Allah kita kan membelinya tanpa memikirkan sangat tentang bajet bulanan kita - Nafsu telah mendorong kita berbelanja lebih ketika akal telah beralah.

Contoh-contoh tersebut belum lagi termasuk keinginan nafsu syahwat yang sentiasa berligat di dalam diri manusia, hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada keburukan tersebut.
_______________________________

Renungi maksud Firman Allah di bawah ini;

[53]
“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

( Surah Yusuf )
________________

[2]
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
( Surah Al.Qiamah )

________________

[27]
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28]
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29]
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “

( Surah Al.Fajr )
_____________________________

Sekian.Wallahu aklam.

4 comments:

Mak Su said...

untuk mengkontotkan kepanjangan akal nafsu, maka diadakan guidelines.

tapi susah juga, tak semua orang nak ikut guidelines dgn alasan, tak suka dikongkong, sbb akalnya bijak katanya.... huhuhu

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Sebenarnya itulah nafsu, saya juga tidak terkecuali.

Nl said...

salam pak ngah...

lainkali kalau nak makan ajak saya huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Makan hanya sekadar untuk hidup bukan hidup untuk makan.Itulah teorinya....hehehe.

Kalau hidup untuk makan akan jadi mamcam.......he3.