Monday, February 1, 2010

Kisah daun pandan dan kacang tanah.

Salam semua.

Imej yang dipaparkan itu ialah pokok pandan bukan pokok pudak kerana pokok pudak berduri, pokok pandan lebih dikenali berbanding pokok pudak kerana daun pandan mempunyai berbagai kegunaan, di antara yang mayshur ialah sebagai pewangi dan perasa masakan.

Saya hanya ingin menceritakan satu kegunaan sahaja di dalam entri ini iaitu sebagai pewangi di dalam kereta atau di dalam bilik air atau mana-mana tempat yang sesuai.

Pewangi Kereta.
Untuk menjimatkan wang anda boleh potong daun pandan itu menjadi kepingan kecil seperti bunga rampai dan dimasukkan ke dalam uncang dan digantungkan di dalam kereta atau disimpulkan dengan simpulan kecil dan diletakkan di tempat yang sesuai sama ada di dalam kereta atau bilik air atau di mana-mana tempat yang diperlukan. Insya Allah kita akan mendapat kesan wangi yang menyamankan.

Demikianlah salah satu daripada kisah daun pandan, di tempat saya daun pandan ini alih-alih menjadi masyhur pula pada setiap bulan Ramadan.

Memang hebat peranannya dalam bulan Ramadan.

Pulau Pandan jauh ke tengah.
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Budi baik dikenang jua.

_______________________________________

Di bawah ini cerita mengenai kacang, kisah kacang pun hebat juga sehingga termaktub di dalam peribahasa atau perumpamaan Melayu, di antaranya umpama kacang lupakan kulit. Perumpamaan ini ditujukan kepada orang yang melupai jasa orang lain terhadap dirinya atau tidak mengenang budi, Walau bagaimana pun perumpamaan tersebut kekadang tersalah guna atau tidak tepat penggunaannya.

Apapun cuba kita lihat senario yang di bawah ini kerana inilah tujuan sebenar tajuk ini.


Bungkusannya sangat cantik dan indah, melihat kepada tanda harga RM1.50 memang sesuai dengan apa yang dipamerkan di luar bungkusan.
Apabila dibuka bungkusan dan dikira hanya mengandungi 61 biji sahaja.


Apabila dibuka kulitnya didapati dua butir isi kandungannya rosak oleh itu jumlah bersih hanya 120 butir sahaja.


Dua biji di dalam imej di atas itu memiliki satu butir sahaja isinya bagi setiap satu.


Cuba kira berapakah harga bagi sebutir kacang yang saya telah beli itu dan adakah berbaloi harga tersebut ?


Sekian. Wallahu aklam.

4 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

buat kuih bubuh daun pandan mmg best ......

berbaloi lah tu sebab buleh juga merasa kacang ngeeee...

kalau tinngal kulit ajer lagilah tak berbaloi hmmmmm

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Betul gak, lagi pun kena ambil kira upah tanam, pungut, pengangkutan dll kan...he3

YB said...

Salam Leenoh

Kacang adalah keperluan bila saya memandu. Kalau tak mengantuk. Saya beli yg timbang, murah dan lebih baik. Cap Orang Tua. Lebih kurang RM 1 utk 100gm. Peket keilnya 350gm utk RM4. Plastik jernih jer dengan sticker bungkusnya.

Leenoh said...

Salam YB.

Terima kasih atas info itu, di Perak mungkin senang dapat. di Shah Alam dan Kluang saya belum jumpa lagi, Insya Allah saya akan usya-usya tengok.

Saya sangat minat tapi tidak boleh amalkan selalu nanti dihinggap dek gaut pula.