Friday, February 12, 2010

Hanya pada hematku

Salam semua.

Semakin lama sejarah hidup meninggalkan kita dan masa pula setiap detik bergerak dan meluru kehadapan tanpa pernah beralih ke belakang, akhirnya "entry" di laman ini juga tidak ketinggalan ianya juga turut berkembang dan bertambah. Kini berjumlah hampir 600 tajuk dan sebahagian tajuk-tajuknya telah terkeluar dari ruang hafalan kerana minda usang ini sudah tidak mampu mengingatkannya lagi.

Ulasan-ulasan yang dicatatkan oleh para pengulas mungkin ada yang tidak disedari penulis , terlewat membaca atau langsung tidak membacanya kerana terlepas pandang di dalam barisan e-mail yang tersusun rapi itu atau dalam tempoh yang lama tidak merujuk kepada e-mail , terutamanya tajuk-tajuk yang berada di bahagian awalannya. Jika ulasan-ulasan itu dibaca insya Allah ulasan balas akan diberikan, sekiranya terlepas pandang atau tidak membacanya penulis memohon maaf.

Masih terdapat pertanyaan yang berkaitan dengan format menulis minit mesyuarat dan lain-lain, pada dasarnya penulis tidak membuka ruang untuk anda bertanya kerana yang bertanya itu mungkin lebih arif dan penulis tidak mempunyai ruang yang luas atau persediaan yang mencukupi untuk menjawab soalan, tetapi, kalau terdapat juga pertanyaan penulis akan cuba menjawabnya berdasarkan hemat dan pemahamannya.

Format menulis minit mesyuarat yang menjadi panduan utama tentulah format yang sedang digunapakai oleh Jabatan Perkhidmata Awam (JPA) kerana JPA adalah menjadi induk kepada semua jabatan kerajaan. Walau bagaimana pun terdapat jabatan yang menggunakan formatnya yang tersendiri, format tersebut hanya terpakai dalam lingkungan jabatan atau kementeriannya sahaja .

Alasan tersebut terbukti di mana semua surat menyurat adalah menggunakan format JPA, alamat penulis, pihak yang dituju dan tandatangan semuanya berada di sebelah kiri surat. Manakala penjawat awam (kerajaan) akan menamatkan surat dengan ungkapan " Saya yang menurut perintah" kemudian ditandatangani di bawahnya dan mereka yang mewakili persatuan pula menamatkannya dengan ungkapan " Saya yang menjalankan tugas".

Suatu perubahan telah dibuat pada suatu ketika dahulu untuk memudah dan mempercepatkan urusan pentadbiran yang semakin sebok. Format ini rasanya dipatuhi oleh semua pihak. Cuma kaedah mencatatkan minit mesyuarat mungkin masih belum diselaraskan. wallahu aklam.


Sekian. Wallahu aklam.

2 comments:

Mak Su said...

salam ziarah, selamat berehat di cuti perayaan ini :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Nampak tiada peluang berehat kerana nak balik kampung.

Dari Kluang - Shah Alam ke Alor Setar.