Monday, February 1, 2010

Tugas ibu yang beranak kecil tiada berkesudahannya.( sambungan )

Salam semua.

Tugas ibu yang beranak kecil tiada berkesudahannya.

Tugas seorang ibu - Siri 1.


Pada hari ini saya ingin menyelami dan menghayati kehidupan seorang ibu yang beranak kecil yang juga sebagai seorang kaki tangan kerajaan atau swasta. Bagaimanakah agaknya mereka menjadualkan tugas-tugas mereka yang bertimbun itu. Bangun pagi menyediakan sarapan ala kadar untuk ahli keluarga, bersiap-siapkan anak-anak yang hendak ke sekolah, anak kecil yang hendak dihantar ke rumah pengasuh dan menyiapkan diri seadanya sesuai untuk ke pejabat atau tempat bertugas. Dalam pada itu diri sendiri pula tidak berapa sihat.bermacam kemungkinan boleh berlaku tetapi tugas terus minta dibereskan.

Setelah siap semuanya, anak-anak yang bersekolah akan bertolak ke sekolah manakala yang kecil dihantar ke rumah pengasuh dan Sang Ibu beranak kecil terus ke pejabat, demikianlah jadua
l hariannya, setelah penat bekerja di pejabat barulah sampai waktu dibenarkan balik. Dalam perjalanan balik akan singgah terlebih dahulu mengambil anak di rumah pengasuh dan barulah terus menghala ke rumah. Sesampai sahaja di rumah si anak kecil tadi perlu pula diawasi sepanjang masa dan segala karenahnya juga perlu diurus dan dibereskan.

Pakaian anak-anak dan suami serta pakaian sendiri perlu dibasuh dan digosok. Setelah digosok dilipatkan, Maka bertimbun-timbunlah pakaian ahli keluarga sekiranya tidak dibereskan mengikut jadual, jadualnya pula berkesinambungan tiada kesudahan. nampak ringan tetapi rasanya meletihkan, di sinilah letaknya kekuatan wanita yang tidak dilihat oleh seorang lelaki, mereka mungkin tidak kagum melihat kegigihan isteri mereka. tetapi, mungkin mereka akan rasa kagum sekiranya yang gigih itu ibu mereka dan akan menceritakan pula kegigihan it
u kepada orang lain.

Kalau ini yang berlaku berarti lelaki tersebut mindanya tidak fokus. Terima kasih kepada Sang Suami yang di dadanya mempunyai rasa kemanusiaan, kasihan dan ringan tulangnya, mereka ini tentunya sentiasa menolong Sang Isteri, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Cerita itu belum termasuk kesebokan memasak untuk keluarga,membasuh pinggan mangkuk yang sepatutnya dibereskan oleh penggunanya masing-masing , apabila mengadap sinki di dapur rumah sendiri sepatutnya ambillah sedikit masa untuk membasuhnya,bukankah semua peralatan membasuh tersedia di situ, kalau makan sendiri, basuhpun sendirilah pinggan yang digunakan itu, Sang Suami kesianlah pada Sang Isteri sen
diri, anak-anak pula kesianlah pada Sang Ibu, jangan jadikan beliau buruh kasar di rumah anda,
( apa dia tu kuli awak ke....ketuk agak kuat sedikit ye, terasa ke, hehehe bergurau je ).

Menjaga kebersihan rumahtangga yang disepah-sepahkan oleh orang lain dan seumpamanya. Patutkah semua tugas yang membukit itu dipikul seorang diri oleh Sang Ibu yang beranak kecil tanpa pertolongan ahli keluarga.

Menjaga anak kecil bukanlah suatu tugas yang ringan seperti disangkakan oleh mereka yang melihat dengan mata tanpa pengalaman. Jika diabaikan kemalangan sentiasa menunggu di hadapan kerana kanak-kanak akan aktif sepanjang masa, mereka berihat hanya ketika tidur sahaja.

Biasanya Sang Bapa mengasuh anak kecil hanya sekadar belum terasa letih sahaja, bila sudah terasa letih mereka akan serahkan kembali kepada Sang Ibu tetapi Sang Ibu tidak demikian sifatnya, mereka akan terus mengasuh dan menjaganya sama ada ketika bertenaga mahupun keletihan. Sang Bapa kenalah fikir, jangan tak fikir.
( sedikit ketukan ringan hehehe ).

Saya menulis artikel ini tiada apa-apa tujuan pun , cuma ingin berseronok dan nak ketuk-ketuk sahaja. mungkin ketukan itu akan mengeluarkan suara yang merdu dan suka didengar oleh mereka yang berkaitan. he3. jangan marah ye, bergurau je.

Artikel ini ditangguhkan sementara........mungkin anda sudah boleh meneka apa yang hendak disambungkan nanti.....jangan salah faham saya seorang lelaki. he3......

Satu ketukan ringan telah ditambah di atas sana pada 081009, jadi dengan ini artikel ini ditangguhkan dan berjumpa lagi di entri akan datang.

Sekian.Wassalam.

___________________________________________

Pentingnya Kemahiran Hidup - Siri ke-2.

Isnin ( 01.02.2010 ).
Entri di atas telah disiarkan pada ( Rabu 07 OKTOBER 2009 ) yang telah lal
u dan saya ingin menyambungnya di sini untuk kisah seterusnya.

Pada suatu hari saya menghadiri suatu ceramah di Bandar Alor Setar ( sekarang Bandaraya ) bersama seorang rakan sejawat, semasa perjalanan balik ke Sungai Petani kawan saya itu ajak singgah di rumah abang iparnya di Jalan Dato' Kumbar. sesampai sahaja kami disambut oleh anak-anak saudaranya yang kesemuanya lelaki manakala ibu bapa mereka tiada di rumah. Dalam masa tidak sampai 10 minit kami berihat di ruang tetamu dua cawan teh dan biskut kering telah siap dihidangkan kepada kami, sememangnya ketika itu kami memerlukannya.

Dalam hal ini orang Melayu mempunyai pandangan berbeza iaitu mereka tidak menghidangkan makanan sebaik sahaja tetamu sampai kononnya cara begitu seperti menyuruh tetamu balik lebih awal, sebaliknya Islam menyuruh kita hidang lebih awal kerana mungkin tetamu kita itu sedang dahaga atau lapar setelah mengharungi perjalanan yang jauh.

Kami hanya berborak berdua sahaja, hanya menyambung cerita yang di dalam perjalanan tadi , mungkin budak-budak anak saudara kawan saya itu merasai malu dan kekok untuk bersembang atau melayani kami yang telah dewasa.Oleh itu mereka semua berada di bahagian dalam, mungkin di dalam bilik mereka, sekali sekala saya terdengar suara terjunan air paip di sinki dan pinggan mangkok bersentuhan di antara satu sama lain.

Setelah jam hampir 12.00 tengahari barulah nampak muka mereka semula, itu pun seorang sahaja yang lainnya masih di dalam. Rupanya yang seorang ini datang ke ruang tetamu untuk menjemput kami ke meja makan.

Masya Allah terkejutnya saya, betul-betul pandai Us.Muhyiddin ( ejaannya mungkin tidak tepat ) bekas Guru Besar SMA. Tarbiah . Jalan Pegawai. Alor Setar itu mendidik anak-anaknya, walaupun semunya lelaki tetapi mereka prihatin dengan keadaan dan situasi semasa, mereka bukan budak lelaki yang lembut, mereka adalah anak lelaki yang kacak dan tegap badannya, terasa saya bahawa kemahiran hidup itu sangat penting diajar kepada anak-anak baik lelaki mahupun perempuan, berlebih-lebih lagi pada zaman serba sebok ini memerlukan perkongsian hidup yang lebih adil.

Kami pun duduklah di atas kerusi melayani hidangan yang disajikan di atas meja makan, hidangannya sederhana tiada cacat celanya, rupa-rupanya semasa mereka berada di dalam tadi mereka berada di dapur, bukan di dalam bilik seperti disangkakan. mereka bergotong-royong memasak untuk makan tengahari, kebetulan kami datang maka kami pun dijemput untuk bersama mereka dan memenuhi layanan terhadap tetamu seperti diminta dan disuruh oleh ajaran Islam..

Saya paparkan cerita ini kerana memikirkan kisahnya sesuai menjadi teladan kepada kita semua dalam bidang mendidik anak-anak terutamanya bagi mereka yang masih mempunyai anak-anak kecil.

Sekian. Wallahu aklam.


No comments: