Tuesday, February 2, 2010

Pernyataan dan ulasan

Salam semua.


Pernyataan - 1.


"Dia ya
ng salah bukan aku yang salah - Dialah yang membuat perkara yang tidak sepatutnya kepadaku - aku tidak akan memaafkannya".




Ulasan.


Kita hanya ada hak memaafkan orang lain apabila kita berada di pihak yang tidak bersalah.Kalau awak yakin bahawa awaklah orang yang betul dan benar, maka ketika itu awak berpeluang memaafkannya.

Kalau awak berada di pihak yang salah , masakan awak boleh memaafkannya, awaklah yang kena memohon maaf itu.

Pada asalnya dia yang bersalah tetapi apabila melalui proses berhujah atau pertengkaran awak juga melakukan kesalahan. Oleh itu eloklah bermaaf maafan ( berbalas-balas maaf ), itukan elok dan islamik.

Memaafkan orang lain umpama berniaga tanpa modal, bahan mentah dapat secara percuma di atas muka bumi Allah , diambil dan diniagakan. Perniagaan atau barangan itu pula laku dengan larisnya, maka semua wang yang diperolehi adalah keuntungan (untung 100%).

Pernyataan - 2.

"Jangan jaga tepi kain orang lain".

Ulasan.

Islam tidak melarang seseorang itu melakukan sesuatu kebaikan atau kebajikan, sebaliknya Islam melarang umatnya melakukan keburukan terhadap orang lain. Islam akan menyokong pernyataan seperti berikut ini .

"Jangan kacau tepi kain orang lain ,

Jangan ganggu tepi kain orang lain".


Menjaga tepi kain orang lain adalah suatu kebaikan dan kebajikan, firman Allah bermaksid " Bertolong - tolonganlah pada perkara kebaikan dan taqwa - dan janganlah bertolong - tolongan pada perkara dosa dan permusuhan".

Sekian.Wallahu aklam.

2 comments:

Mak Su said...

tq uncle leenoh untuk perkongsian ini

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Saja xada apa nak tulis, maka itulah sahaja yang ditulis...he3