Sunday, February 28, 2010

Semua manusia sukakan sesuatu yang istimewa.

Salam semua.

Semua manusia sukakan sesuatu yang istimewa, sukakan sesuatu yang baik, elok dan cantik, di antara kaca dan permata manusia akan sukakan permata, di antara yang bodoh dan pintar manusia akan sukakan yang pintar, itu adalah lumrah dan naluri manusia, apa pun situasi ianya perlu ditangani dengan adil.

Dalam pe
merhatian saya sepanjang melibatkan diri di dalam bidang pendidikan kekadang terdapat juga situasi yang seperti ini, guru hanya suka mengajar para pelajar yang pandai dan kurang berminat mengajar mereka yang kurang pandai , bukan sahaja guru yang bersikap demikian, mungkin pihak pengurusan dari berbagai peringkat juga bersikap demikian, memang para pelajar yang pandai dan pintar ini akan memberi tambahan saham kepada kerja buat mereka.

Kenyataan di atas bukanlah dimaksudkan kepada semua guru kerana masih ramai para guru yang tidak terpengaruh dengan budaya tidak baik yang disebutkan itu. Di sana terdapat ramai mereka yang tekun berusaha supaya anak didik mereka berjaya cemerlang dengan mengadakan kelas tambahan, disamping menjaga kebajikan pelajar supaya emosi mereka tidak terganggu, dengan itu dapat mewujudkan persekiraran pembelajaran dan pengajaran yang aman. Mereka inilah yang akan merasai keletihan dan kejutan sekiranya berlaku peristiwa seperti yang akan diceritakan.

Para pelajar pintar ini jika dikumpulkan serta ditempatkan di satu sekolah, nescaya mereka ini akan menunjukkan prestasi yang amat baik kepada sekolah berkenaan, sebaik sahaja diisytiharkan sesuatu keputusan peperiksaan yang diduduki mereka sudah pasti sekolah tersebut akan diuar-uarkan sebagai sekolah cemerlang atau sekolah terbaik, maka senyum lebarlah mereka yang berkenaan. semua pihak gembira dan sukacita berbual dan mengisahkan hal kejayaan mereka.

Malangnya kita sering lupa kepada mereka yang kurang pintar, mereka yang lemah dan mereka yang lembam.Kita memang boleh kumpulkan mereka yang pintar ini di suatu tempat secara yang sihat bukan secara paksa. Peringatan ini lebih merujuk kepada puluhan tahun yang lalu. Penulis kurang periksa atau kurang arif apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Pada suatu ketika dahulu di mana tarikh dan tahunnya telah luput dari ingatan tetapi kisahnya masih segar diingat dan dikenang. Terdapat suatu sekolah yang istimewa di suatu daerah pendidikan, sekolah ini memang dijaga dan ditatang dengan baik, perkara yang amat ditatang bukan para pelajarnya tetapi prestasi sekolahnya, selagi para pelajar itu boleh memberi prestasi yang baik kepada sekolah maka selagi itu para pelajar tersebut akan ditatang bagai minyak yang penuh.Sekolah yang dimaksudkan bukanlah sekolah berasrama penuh tetapi di bawah kategori sekolah biasa sahaja.

Kisahnya begini.
Setelah diisytiharkan keputusan Sijil Rendah Pelajaran terdapat ramai juga para pelajar dari sekolah berkenaan mendapat keputusan yang corot, malangnya mereka yang corot ini tidak diterima untuk menyambung ke Tingkatan 4 sekolah tersebut dan diarahkan supaya berpindah ke sekolah yang lain yang ditentukan oleh pihak pengurusan, sekolah yang bakal menerima para pelajar yang keputusan corot ini terpaksalah menerimanya, walaupun membiarkan para pelajar ini berada di kantin sekolah selama seminggu kerana menzahirkan protes terrhadap apa yang sedang berlaku, sekolah ini bertambah malang lagi kerana para pelajarnya yang cemerlang ditawarkan ke sekolah istimewa itu pula. Manakala para guru turut rasa bertambah penat dan letih kerana anak didik mereka yang cemerlang disabar sekolah lain.

Baik dan buruk.
Sistem atau kaedah ini ada baik dan buruknya, baik dilaksanakan kerana mengumpulkan para pelajar cerdik dan pintar di suatu tempat lebih senang untuk mendidik mereka atau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran lebih lancar dan senang.
Manakala buruknya pula, sistem ini tidak patut dilaksanakan begitu rupa kerana cara demikian menyentuh perasaan ramai pihak dan mengecewakan para guru yang terlibat.Mungkin juga mendorong pihak tertentu mencipta nama dan kemayshuran, perbuatan seperti ini akan memburukkan aktiviti pendidikan, aktiviti pendidikan memerlukan tahap keikhlasan yang tinggi dan mantap.

Sekian.Wallahu aklam.


No comments: