Saturday, August 14, 2010

Sejauh manakah kita memahami dan difahami.

Salam semua.

Entri kali ini tajuknya aga
k kabur sedikit, minda saya pun masih kabur untuk menukilkan mesejnya di atas skrin ini, apapun saya akan cuba memaparkan sebaik yang mampu untuk kita sama-sama berkongsi, agar kehidupan di dunia ini menjadi aman dan sama-sama berkongsi kebahgiaan dalam perjalanan yang semakin hampir dengan destinasinya yang sebenar dan hakiki. Sebahagian manusia menyedarinya dan sebahagian lagi tidak menyedarinya, kita yang sedar pun tidak pula sedar sepenuhnya, kekadang terlupa dan leka, atas sifat inilah menyebabkan manusia sering bersengketa dan bergaduh serta pentingkan diri sendiri.

Kita seharusnya memahami orang lain seperti kita memahami diri kita sendiri, apakah yang kita sukai dan apa pula yang dibenci, kita juga mempunyai keinginan dan kehendak sendiri, demikian juga orang lain, sekiranya difikirkan dengan akal yang rasional tiada sebab keperluan faham dan difahami ini tidak berjaya dipenuhi.

Faham dan difahami.
Pada hemat saya, Kita patut merujuk kepada diri sendiri, kita seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum memahami orang lain. Apakah yang kita faham mengenai diri kita, banyak sangat item yang hendak dipaparkan, memadai kita merujuknya bersendirian, maka begitulah juga orang lain, sekiranya minda kita memikirkan secara timbalbalik akan tercetuslah kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri dan orang lain kerana pada asasnya kita berhajat kepada keperluan dan keinginan yang sama.

Apakah penghalang kepada kesepaduan faham dan difahami ini?
Pada amnya orang lain juga mempunyai cita rasa seperti kita juga.Oleh itu apakah perkara yang menghalang kita faham dan difahami. Agaknya di tengah-tengahnya terdapat syaitan yang sentiasa menghadiahkan kita nafsu suk (buruk), nafsu syahwat dan nafsu yang sentiasa inginkan kekayaan dan kebendaan yang melampau dan sudah tentunya dapat melupakan destinasi asal yang kita tuju dan jadilah laluan kita itu terpesong dan sesat kerana jalan yang lurus telah dipesongkan.Kekadang kita sedar jalan itu telah dipesongkan setelah sampai maklumat kepada kita tetapi kita leka dengan keseronokan maka tiada usaha untuk kembali ke jalan yang sebenar.

Kita seharusnya faham kehendak orang lain dan juga berkehendakkan orang lain faham diri kita. cara fikir demikianlah yang diperlukan di dalam kehidupan bermasyarakat, menjadi manusia yang kekadang memberi dan menerima, timbalbalik ini menjadikan kehidupan menjadi indah dan aman bahagia.

Sekian...wallahu aklam.


No comments: