Friday, August 27, 2010

Jom...Baca Hadith dan membuat muhasabah terhadap apa yang sepatutnya.

Salam semua.

Jom...Baca Hadith dan membuat muhasabah terhadap apa yang sepatutnya.
Nukilan Hadith di bawah ke permukaan skrin ini adalah semata-mata untuk sama-sama menjadikannya bahan rujukan sebagai titik tolak bermulanya renungan dan muhasabah terhadap realiti kehidupan dunia sejak zaman berzaman, khususnya pada zaman kini dan akan datang.Semoga dengan muhasabah itu akan memberikan kita fikrah baru yang lebih realistik dan ideal lagi, sekali gus membentuk fikrah yang benar-benar yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang.

Minda tanpa diaktifkan dengan membaca dan berfikir ianya akan mengurangkan manfaat akal dan minda yang telah dikurniakan Allah Ta'ala kepada hamba-Nya,sekiranya membaca dan berfikir akan menguntungkan pemikirnya dari berbagai sudut dan aspek, terutamanya dari segi ibadat, membaca dan berfikir salah satu cara Allah kurniakan pahala kepada hamba-Nya. Dapatan perkara baik dari bacaan itu, jika diamal dan dihayatinya akan dikurniakan pahala yang lain pula.

Membaca dan berfikir akan menjadikan seseorang itu pandai dan cerdik, orang yang pandai dan cerdik akan terselamat dari tipu daya orang jahat yang cerdik kerana perumpamaan Melayu ada menyebutkan," Orang bodoh makanan orang cerdik".

Orang pandai dan cerdik ialah mereka yang berilmu, orang berilmu akan diangkat darjatnya oleh Allah kerana hanya orang yang berilmu sahaja yang takut dan taat Allah.Orang yang berilmu atau memiliki ilmu hakiki semua mereka itu mengenal Allah, mereka itu makrifatullah dan taat Allah.

________________________________________

JOM BACA:

(1) Pembesar negara mementingkan diri sendiri.

Dari Abdullah.r.a. katanya, Rasulullah.s.a.w. bersabda: " Sepeninggalanku nanti akan ada pembesar-pembesar negara yang mementingkan diri sendiri dan bertindak dengan tindakan-tindakan/kebijaksanaan yang tidak kamu sukai (mengenai kekayaan negara) Tanya para sahabat, " Bagaimana pertunjuk Anda kepada kami bila kami bersua dengan pembesar-pembesar seperti itu?" Jawab baginda, "Penuhi kewajibanmu dan mohonlah hakmu kepada Allah Ta'ala".

Shahih Muslim...1811.


(2) Fitnah memfitnah dan bencana bertukar ganti.

Dari Abdul Rahman bin Abdu Rabbil Ka'abah r.a.katanya," Aku masuk ke dalam masjid maka terlihat olehku Abdullah bin 'Amru bin 'Ash duduk di bawah naungan Ka'abah dikelilingi orang banyak, Lalu ku datangi mereka dan duduk dekat 'Abdullah . Katanya" Kami pernah mengadakan suatu perjalanan bersama Rasulullah.s.a.w. lalu pada suatu tempat perhentian kami berhenti. Sebahagian kami ada yang memperbaikki tempat tidur,sebahagian lagi berlatih memanah,sebahagian lagi memberi makan haiwan dan sebagainya.

Tiba-tiba kedengaran Muazzin Rasulullah.s.a.w.memanggil kami solat berjama'ah, lalu kami berkumpul ke dekat baginda.

Baginda bersabda " Para Nabi sebelum aku bertugas menuntut umatnya kepada kebaikan yang diajarkan Allah kepada mereka dan mengingatkan bahaya yang mengancam mereka. Umatku yang sempurna dan selamat ialah angkatan pertama-tama.Angkatan selepas itu akan ditimpa berbagai cubaan berupa hal-hal yang tidak disenanginya, seperti timbulnya fitnah. Di mana-mana sebahagian mereka menghina bahagian yang lain.maka kerana itu timbullah bencana.Orang-orang mukmin berkata, "Inilah kiranya yang membinasakanku," Setelah hilang suatu bencana, timbul pula bencana yang lain. Dan orang mukmin berkata , "Ini......!Ini".Siapa yang ingin bebas dari neraka mahu masuk syurga, hendaklah menemui kematiannya dalam beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah dia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat itu. Siapa yang Bai'ah dengan seorang imam (pembesar atau penguasa) lalu dia memenuhi janji setianya dengan sepenuh hati, hendaklah dia mematuhi imam itu sehabis daya. Jika yang lain datang memberontak, panggallah lehernya. Kata Abdul Rahman, Aku lebih mendekat kepada 'Amru, lalu kataku, aku bertanya kepada anda dengan nama Allah, apakah anda mendengar sendiri Hadis ini dari Rasulullah.s.a.w. ", Dia menunjuk dengan tangannya ke telinga dan hatinya seraya berkata; "Aku mendengar dengan kedua telingaku, dan kusimpan dalam hatiku".

Lalu kukatakan kepadanya, "Ini anak-anak pamanmu, Mu'awiyah. Dia menyuruh kita memakan harta sesama kita dengan cara yang haram dan membunuh sesama kita. Pada hal Allah telah berfirman,

" Hai orang-orang yang beriman.Janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang haram. kecuali berjual beli dengan cara suka sama suka sesamamu dan janganlah kamu membunuh saudaramu ( sesama muslim ); Sesungguhnya Allah Maha Sayang kepadamu ".

'Amru diam sebentar kemudian dia berkata, " Patuhilah perintahnya bila sesuai dengan perintah Allah dan langgarlah perintahnya bila melanggar perintah Allah!"

Shahih Muslim...1812.

________________________________

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: