Tuesday, August 10, 2010

Bolehkah dapat tauliah tanpa temuduga.

Salam semua.

Saya tertany
a-tanya bolehkah seseorang itu mendapat tauliah mengajar Pendidikan Islam di masjid atau surau setelah beliau membuat permohonan bertulis, di mana pihak berkuasa negeri berkenaan dengan menyemak sijil dan pengalamannya sahaja. Perlukah seseorang yang telah mengajar pelajaran tersebut berpuluhan tahun di Sekolah Kerajaan Persekutuan atau di institusi yang diiktiraf dan ditambahkan pula mendapat anugerah cemerlang semasa perkhidmatannya.Perlukah mereka ini ditemuduga dan menduduki ujian. Siapakah sepatutnya berikhtiar untuk memperbanyakkan mereka yang memiliki tauliah ini supaya akur dengan permintaan masyarakat Islam dan Islam cepat berkembang serta remaja Islam memahami hala tuju hidup mereka.Persoalan ini sentiasa terlintas di minda setiap kali media membincangkan dan memaparkan mauduk ini.

Saya sebagai rakyat biasa tertanya-tanya, adakah ada usaha secara proaktif memperbanyakan pemberian tauliah tersebut kepada mereka yang berkelayakan dan juga yang telah pun berpengalaman, kerana, jika menyemak kepada undang-undang berkaitan mengajar Pendidkan Islam ini kelihatan sangat ketat. Dikatakan kalau seseorang itu mengajar ahli keluarganya dan beberapa orang lain hadir bersama di dalam majlis tersebut sudah boleh disabitkan dengan kesalahan mengajar tanpa tauliah.( saya kurang pasti tetapi itulah yang saya rasa dan saya terbaca di dalam media tempatan ).

Peraturan memang diperlukan dan wajar dikanunkan. Disamping itu kita hendaklah bersungguh-sungguh memperbanyakkan guru-guru yang bertauliah ini secara proaktif dan aktif supaya bilangannya sesuai dengan bilangan warga Islam di dalam sesebuah negeri.Dengan itu pengajaran Islam dapat berjalan lancar dan gejala sosial dapat dikurangkan serta hala tuju kehidupan menjadi lurus dan selamat.

Jika muridnya ramai tetapi gurunya sedikit pacuan kepada perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam tidak akan berjalan lancar seperti yang dikehendaki oleh umat Islam.Masyarakat umum sentiasa dahagakan ilmu, manakala orang yang berilmu pula Allah meletakkan tanggungjawab ke atas bahu mereka untuk menyampaikannya kepada masyarakat tetapi mereka terhalang dengan syarat-syarat yang perlu dikuatkuasakan, sekiranya syarat itu tidak diuruskan dengan baik, kewajipan itu mungkin akan kembali kepada mereka yang menguruskannya.

Sekadar lontaran minda dan pandangan sepintas lalu, mungkin perlu dimurnikan
lagi oleh mereka yang mengetahui hakikatnya.

Sekian.Wallahu aklam.

2 comments:

YB said...

Salam ustaz,

Temuduga tu perlu sebab ada satu soalan yg tak ditanya semasa seseorang ustaz itu belajar dahulu. Soalannya: Pada pendapat anda apakah parti yang layak memerintah Malaysia.

Leenoh said...

Salam YB.

hehehe.....Wallahu aklam.