Saturday, August 28, 2010

PuAsa - Ibadat atau Adat - .Suatu penilaian.

Salam semua.

PuAsa itu ibadat atau adat - Suatu penilaian.

Sejak sekian lama mindaku disogokkan dengan ungkapan mauduk di atas. PuAsa itu Ibadat atau Adat?. Kalau ibadat mengapa ianya terdapat maksiat seiring dengan orang yang sedang berpuasa, kalau ianya adat maka hampir sesuailah situasinya tetapi pelaksanaannya pula merujuk kepada ibadat yang diperintahkan Allah, nampaknya terdapat mereka yang mengelirukannya, sikap mereka tidak selari dan secucuk dengan syarat dan rukun puasa serta adab berpuasa yang sesuai dengan ibadat yang mulia pada bulan yang juga mulia.

Persoalan ini timbul kerana melihat kepada berapa ramai individu yang berpuasa tetapi memakai pakaian bukan sekadar tidak menutup aurat yang diwajibkan malah mengghairahkan mata memandang, apakah individu tersebut memikirkan bahawa berpakaian itu hak individu dan tiada hak bagi mereka yang memandangnya atau tiada apa-apa kesan bagi mereka yang melihat keghairahan yang dipapar dan dihidangkan itu dikhalayak ramai tanpa segan silu. Bagaimanakah cara bagi mereka yang tidak ingin melihatnya atau tidak mahu terlibat dengan maksiat itu mengelakkannya, mereka juga ingin ke pasar harian atau pasar ramadan untuk membeli keperluan mereka.

Apakah sepatutnya pakaian yang sesuai dengan seseorang yang sedang beribadat dan bertaqarrub dengan Allah, adakah dengan mendedahkan aurat secara melampau, mungkin inilah yang dimaksudkan terdapat orang yang berpuasa itu yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga...nauzubillahi min zalik.

Semua orang ada kekurangan dan dosa tetapi biarlah dosa yang tidak dirancang dan melibatkan orang lain, kini hampir semua orang yang berpuasa itu terhakis pahalanya , jika mereka keluar ke khalayak ramai kerana dikikis pahalanya oleh saudaranya sesama Islam dan ditambah lagi dengan bukan Islam.Hampir tiada medan yang tidak terdapat orang yang tidak menutup aurat, bukan sahaja tidak menutup aurat tetapi mendedahkannya secara melampau dikhalayak ramai termasuk yang telah dewasa. seolah-olah mereka ini tiada ibu bapa atau saudara mara yang sudi menegur mereka.

Bukankah dunia ini akan lebih menyeronokkan lagi kalau kita dapat sama-sama berkongsi kehidupan dengan bijak bagi menjalankan kehidupan yang sementara ini, iaitu berkongsi secara yang ditunjukkan dan diberi panduan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Berpuasa Ramadan itu adalah menjalankan perintah Allah, adalah lebih baik dan cantik lagi kalau perintah itu dijalankan dengan ikhlas tanpa dipengaruhi dengan ikut-ikutan dan mengikut rentak orang lain tanpa bersamanya ilmu.
__________________________________

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir... daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
{ Surah An.Nur(24) : 31}
__________________________________

Penulis bukanlah ingin menegur sesiapa kerana penulis juga tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan (tidak maksum), Cuma diutarakan secara umum, mungkin dengan cara ini kita dapat berkongsi ikhtiar untuk mengurangkan kekusutan itu , kemudiannya nanti kita akan dapat menghayati kehidupan bersama dengan selesa dan aman dari gejala tersebut.

Sekian...Wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Ramadhan,

Benar sekali apa yang dipaparkan. Kakak pun nampak benar akan fenomena ini dari dulu hingga kini. Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga. Sayang sekali.....

Sebab itu ramai yang berkemampuan (dari semua hal - bukan saja wang ringgit) sanggup menjalankan ibadah puasa di Mekah. Di sana melihat lelaki yang memakai kemeja lengan pendik pun susah. Kakak lihat security guard uniformnya lengan pendik, tetapi didalam mereka masih memakai t-shirt lengan panjang. Itu lelakinya. Apa lagi wanitanya.... memang mata dapat terhindar dari melihat hal-hal yang boleh membuat dosa.

Entahlah.... tanggung-jawab sesama insan telah dilakukan. Fikir-fikirkanlah......

Leenoh said...

Salam Kakzakie.

Terima kasih di atas respon yang sangat berguna dan baik untuk direnungkan serta difikirkan oleh pembaca blog ini.

Dengan respon itu akan menghidupkan lagi dakwah ke arah menghayati Islam berterusan, Pesanan Rasul "Ballighu 'anni walau ayah".

Sekali lagi diucapkan terima kasih atas sokongan tersebut.Sila sedut mana-mana yang dianggap sesuai untuk disebarkan kepada pembaca.