Tuesday, August 10, 2010

Sembang mengenai puasa.

Jom kita sembang mengenai puasa.

Hari ini Selasa jam 4.13.00 petang , 29hb.Syaaban 1431 bersamaan 11hb.Ogos 2010. Mengikut amalan biasa yang terdapat di dalam Ilmu Fiqh pada 29hb.Syaaban setiap tahun umat Islam akan menentukan tarikh awal puasa dengan melihat anak bulan .

Pada waktu senja 29hb.Syaaban sehingga selepas terbenam matahari ahli Astronomi ( Ahli Falak ) masing-masing sebok menerupong
anak bulan untuk memastikan sama ada bulan Syaaban masih wujud atau telah timbul anak bulan baru iaitu bulan Ramadan. Sekiranya nampak anak bulan, anak bulan itu adalah anak bulan Ramadan oleh itu esoknya umat Islam wajib berpuasa. Jika anak bulan tidak kelihatan bermakna esoknya masih bulan Syaaban,iaitu 30hb.Syaaban hari ini dinamakan hari syak, kita dilarang berpuasa pada hari tersebut.

Esoknya atau hari selepas itu pula sudah pastilah 1hb.Ramadan dan orang Islam diwajibkan berpuasa kerana bilangan hari di dalam bulan Hijrah ( Islam )
sama ada 29 hari atau 30 hari sahaja dan tiada 31 hari.

Berbalik kepada sembang kita di dalam entri ini pada malam ini Pasukan Melihat anak bulan akan melihat anak bulan.sekarang ini tentunya sedang bersedia di lokasi masing-masing, dalam beberapa jam daripada saat ini kita akan mengetahui tarikh kita mula berpuasa pada tahun ini. Kebiasaannya akan diumumkan oleh pihak berkuasa melalui TV dan Radio. Kita sebagai masyarakat awam ikut sahaja arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib tanpa mempertikaikannya kerana mereka yang diamanahkan tentu sekali melaksanakan tugas mereka secara yang terbaik dengan menggunakan alatan canggih yang terdapat pada mereka dan juga pengetahuan dan ilmu yang mampu membuat keputusan tersebut.


Sambungan.
Selasa malam ( malam Rabu) ketika ini semua kaum muslimin dan muslimat telah dimaklumkan sebentar tadi bahawa rakyat Malaysia akan berpuasa pada hari Rabu
(esok).




Sekian dahulu. Wassalam.

No comments: