Sunday, August 15, 2010

Jom..Kita fikirkan persamaan musim menunaikan Haji dengan musim Ramadan dari sudut sosial.

Salam semua.

Ahad. 05 Ramadan 1431
Setelah matari semakin meninggi dan memancarkan cahayanya lebih garang lagi minda saya t
erfikir pula mengenai mauduk yang tertera di atas.Mungkin anda juga bersetuju dengan apa yang saya fikirkan, apa pun anda boleh beri pandangan anda melalui ruangan komen di bawah artikel ini, mungkin pandang anda lebih bernas lagi, jangan simpan ilmu yang tersemat di dalam dada, akal kita kalau digunakan ianya semakin membesar dan lebar hatta mencakup seluruh dunia, jika tidak digunakan saiznya tidak berubah, hanya sekadar saiz bola tenis, jika digunakan umpama payung terjun ianya akan berkembang besar tetapi saiznya kecil ketika tidak digunakan.Demikianlah juga ilmu semakin disebarkan akan semakin bertambah , oleh itu janganlah kedekut ilmu anda.

Merujuk kepada mauduk yang hendak kita bincangkan . Pada musim Haji para peniaga di Makkah hatta Madinah berhempas pulas mengambil peluang mencari rezeki kerana mereka mengetahui bahawa manusia dari seluruh pelusuk dunia kan datang menunaikan fardu Haji seperti dikisahkan Allah di dalam Al.Quran, pada musim inilah mereka mengumpul wang atau rezeki sehingga mampu menyara hidup untuk sepanjang tahun.

Para peniaga yang berdekatan juga akan berjunjung ke Makkah untuk berniaga, malah dari seluruh dunia, khasnya negara-negara jiran yang terdekat dan terdapat juga dari negara jiran yang lebih jauh seperti Indonesia , Thailand dan lain-lain.sama ada secara diizinkan oleh undang-undang atau sebaliknya.

Demikianlah hikmat di sebalik kefarduan Haji itu mencetuskan perkembangan aktiviti sosial orang Islam khasnya dan seluruh manusia amnya, di Malaysia bersabit dengan itu tertubuhlah Tabung Haji yang kekal dimanfaatkan sehingga kini dan bermacam-macam lagi yang tidak kuasa disebut di dalam artikel ini.

Apakah persamaannya dengan musim atau bulan Ramadan al.Mubarak yang kita sedang sembang dan fikirkan ini, telah disebut di dalam artikel yang telah lalu bahawa kedatangan Ramadan di sambut oleh para peniaga sejak beberapa bulan lalu, mereka memenuhkan stok berbagai barangan semata-mata untuk dijual pada bulan Ramadan, kita akan terpandang dan mendengar iklan di mana-mana, di mana iklan itu dikaitkan dengan barangan kegunaan ketika berpuasa dan menyambut Aidil Fitri, Ramai juga di kalangan peniaga berjaya mengumpulkan wang dan rezeki mereka pada musim ini sehingga dapat menampung perbelanjaan keluarga untuk beberapa bulan hasil kutipan sepanjang bulan Ramdan.

Pasar Ramadan sudah tidak asing lagi bagi kita di Malaysia, setiap petang orang Islam termasuk yang bukan Islam akan pergi ke sana, di sana terdapat berbagai lauk-pauk dan kuih-muih , mereka itu sudah tentulah membeli makanan untuk berbuka puasa, manakala mereka yang bukan Islam ingin merasai makanan yang jarang dijual pada masa lain, dipandang secara mahmudah dan positif situasi ini tentulah sekurang-kurangnya telah memberi peluang kepada para peniaga kecil mencari dan menambahkan rezeki mereka, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada kita , khasnya mereka yang masih menganggur.
Demikianlah hikmah di sebalik fardu Haji dan Puasa Ramadan dan betapa Penyasih dan Penyayangnya Allah kepada hamba-Nya.

Seolah-olah Ramdan ini menjadi mercu tanda kedua dalam kehidupan orang Islam di samping musim Haji menjadi mercu tanda utamanya.

MARHABAN YA RAMADAN.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: