Saturday, August 21, 2010

Puasa melibatkan jasmani dan rohani.

Salam semua.

Puasa melibatkan jasmani dan rohani.

Berpuasa bermakna kita terpaksa menahan diri daripada melakukan semua perkara yang membatalkan puasa, disamping menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa.Sudah tentulah ianya juga diserta dengan niat kerana setiap pekerjaan mestilah disertai dengan niat, iaitu niat berpuasa kerana Allah Taala, kerana menurut perintah Allah bukan ikut-ikutan, sebelum berpuasa wajib mengetahui syarat sah dan perkara yang membatalkan puasa serta mengetahui perkara-perkara makruh ketika berpuasa atau perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Jika situasinya tidak demikian puasa yang dilaksankan akan tidak membawa apa-apa makna baginya. Jadilah ia puasa pak turut sahaja.


Apabila merealisaikannya dalam amalan atau penghayatan ianya melibatkan anggota badan. di antara aktiviti menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa ialah tidak makan dan minum.seseorang yang tidak makan dan minum seharian akan merasai letih dan mungkin lesu, untuk mengelakkan daripada terlalu letih dan lesu, Islam menggalakkan orang yang berpuasa supaya makan sahur iaitu makan ketika selepas dua pertiga malam , mereka yang mengambil sahur pada waktu yang digalakkan iaitu hampir waktu Subuh mereka akan berpuasa dengan sempurna tanpa merasai keletihan atau kurang mengalami keletihan.
Berpuasa sudah tentulah melibatkan minda atau akal, akal atau minda berfungsi mengawasi segala-galanya supaya segala syarat sah puasa dipatuhi dan tidak batal, minda juga dilarang untuk mengkhayalkan tuntutan hawa nafsu terutamanya nafsu seks pada waktu siang hari.Mata dan telinga mesti dikawal supaya tidak melihat dan mendengar perkara-perkara yang dilarang, contohnya mendengar dan melihat perkara yang menaikkan nafsu syahwat, mendengar dengan asyik atau turut serta mengumpat dan seumpamanya.Perkara yang digalakkan untuk aktiviti telinga dan mata ialah mendengar atau melihat al.Quran ( membacanya), mendengar ceramah motivasi ke arah kebaikan juga digalakkan.

Hidung dan mulut, hidung dilarang menghidu atau mencium sesuatu yang dilarang seperti yang disebutkan di dalam panduan berpuasa, mulut dilarang makan dan minum, mengumpat, berdusta dan lain-lain.

Demikianlah anggota badan yang lain seperti kaki, tangan dan kemaluan, semuanya perlu
dijaga supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang,terutamanya menjaga supaya tidak mendedahkan aurat di khalayak ramai Penjagaan ini bermula sejak terbit fajar Sadik sehinggalah terbenam matahari. Maka mereka ini akan bergembira ketika berbuka iaitu sebaik sahaja terbenam seluruh bulatan matahari.

Bayangkan betapa gembira dan sukanya orang yang berpuasa setelah sehari suntuk tidak makan dan minum tiba-tiba sampai waktu berbuka dengan hidangan yang lazat-lazat yang memang disediakan sejak awal petang lagi, ketika ini makanan yang tidak lazat pun menjadi sedap dan lazat.Dua ketika istimewa bagi orang yang berpuasa ialah ketika mereka berbuka dan ketika menemui Allah di akhirat nanti.
___________________________

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman:
Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


_____________________________

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: