Friday, August 20, 2010

Mendengar bacaan al.Quran pun mendapat pahala (4).

Salam semua.

Masyarakat Islam kita masih ramai yang belum menguasai bacaan al.Quran yang menepati kehendak hukum Tajwid dan makhraj huruf, sebagai contoh, ketika membaca al.Quran ( Surah Yasin) pada malam Jumaat yang telah menjadi tradisi, meraka akan membaca mengikut Khalifah (ketua) sedangkan masing-masing mempunya nafas yang berbeza ketahanannya, maka berlakulah wakaf di tempat yang tidak sepatutnya dan menyambung balik dalam keadaan tergesa-gesa dan lain-lain kesalahan.

Perkara ini berlaku kerana mereka tidak faham hukum Tajwid, mereka yang kurang tepat bacaannya ini membaca lebih laju berbanding dengan mereka yang mahir kerana bacaan mereka tidak cukup Ghunnah (dengung) dan bacaan Mad (kadar panjang) yang sepatutnya tidak ditunaikan dengan baik, malah banyak yang diabaikan.

Bagi mereka itu masih tertanggung kewajipan mempelajari pelajaran Ilmu Tajwid ini tetapi malangnya ramai yang mengabaikannya kerana kebanyak masyarakat begitu keadaan dan situasinya,maka tiada siapa yang kurang, oleh itu semuanya selesa.Sepatutnya mereka berpakat dan berusaha mencari guru Tajwid untuk mereka mempelajari ilmu tersebut.....Wallahu aklam.


Jom...Klik dengar bacaannya.


Surah Yunus (10) - Qari : Abdul Wadood haneef.
http://67.213.215.128/~server2/wdod/010.mp3

67.213.215.128


[3]
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu – setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
[4]
KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

____________________

Surah Hood (11) - Qari : Abdul Basit Abdul Samad.
http://173.193.202.114/ajm/64/011

173.193.202.116

[23]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[24]
Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?
_________________________

Surah Yusuf (12) - Qari :Az.Zain Muhammad Ahmad.
http://67.213.215.136/~server3/alzain/012.mp3

67.213.215.136


[17]
Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar”.
[18]
Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: “Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu.”
[19]
Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan katanya: “Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)”. (Setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya (untuk dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
[20]
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.
[21]
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
________________________

Sambungan akan datang...

Mendengar bacaan al.Quran pun mendapat pahala (5).

No comments: