Thursday, August 19, 2010

Mungkinkah kita sedang mengulangi peristiwa yang telah lalu.

Salam semua.


.

7:74


(74) Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.
(Surah al.A'raaf)

Jika kita mengimbau semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada zaman kita ini , rasanya banyak juga peristiwa-peristiwa yang berlaku itu terdapat juga persamaannya dengan apa yang telah berlaku pada zaman silam seolah-olah ianya ulangan.Sama ada di kalangan masyarakat bawahan atau atasan ( yang berkuasa).

Pada zaman jahiliyah manusia membunuh anak atas sebab-sebab tertentu mengikut budaya buruk mereka pada ketika itu, kini dalam abad ke 21 ramai manusia membuang bayi (membunuh bayi).dibuangnya di dalam longkang, tong sampah, sungai dan seumpamanya.

Bukit-bukau digondol untuk mendirikan rumah atau bangunan bukan kerana terdesak tetapi atas sebab-sebab lain, mungkin disebabkan kemewahan dan mengejar kekayaan, telah banyak bangunan di lokasi seumpama itu runtuh dan ranap sehingga melibatkan kematian, terdapat juga yang menggondolkannya untuk memajukan pertanian tanpa memikirkan akibat buruk
yang berpunca daripada aktiviti tersebut kepada masyarakat umum.

Adakah kita telah melupai tanggungjawab kita terhadap jiran dan masyarakat umum dan generasi yang akan datang, lantas bersikap pentingkan diri sendiri yang akhirnya kita akan sama-sama menerima kerugian, mungkinkah juga kita melupai bahawa tanpa pekongsian manusia tidak akan dapat hidup dengan sempurna kerana Allah menjadikan manusia itu berbeza kemahiran dan kebolehan untuk mereka berkongsi hidup, dengan perkongsian itu mereka akan hidup lebih baik dan sempurna, manusia sepatutnya bertolong-tolongan atas mendapatkan kebaikan dan bertakwa kepada Allah.

Setelah kita melayan minda dengan cerita di atas, apakah pengajaran yang kita akan perolehi dari ayat al.Quran di atas

Sekian...Wallahu aklam.

2 comments:

Mak Su said...

eloklah kita sentiasa baca quran dan terjemahan untuk ingatan, agar kita tak lalai dan leka dan ego seperti kaum2 terdahulu

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Memang betul cadangan Mak Su itu, dengan itu juga mungkin dapat menginsafkan kita.