Monday, August 2, 2010

Ramadan telah menghampiri kita.

Salam semua.

Ramadan telah menghampiri kita.Orang utara Malaysia telah masak acar sebagai salah satu meno yang akan dihidangkan semasa berbuka puasa dan bersahur, ini dilakukan dengan harapan berselera makan ketika bersahur nanti, dengan itu puasa akan menjadi sempurna dan tanpa gangguan di waktu siangnya.Bagitu juga umat Islam di selatannya, malah di seluruh pelusuk dunia dengan kaedah dan caranya masing-masing, asalkan tidak melanggar syariat kerana berpuasa itu adalah ibadat bukannya adat bagi sesuatu bangsa. Amalan yang bertentangan dengan suruhan Allah hendaklah dihindar dan ditinggalkan kalau tidak berbuat demikian ianya akan menjadi sia-sia.

Kelebihan puasa Ramadan dapat difahami melalui terjemahan Surah Al.Qadr yang disediakan di bawah ini ( Bacaan dan terjemahannya)


http://174.36.196.135/~server4/muamr/097.mp3



Mafhumnya:

97. Al-Qadr

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sekian.Wallahu aklam.

No comments: