Thursday, August 5, 2010

Muhasabah.


Salam semua.

Dikala aku bersendirian.
di dalam sebuah bilik seluas 120 kaki.
aku ingatkan Dia , dia dan .....

Mindaku bercampur-campur.
aku kekadang keliru.
aku kekadang yakin.
aku kekadang kasihani.

Kini aku jarang marah dan serkah.
aku sanggup memaafkan segalanya.
aku telah faham sefahamnya.
memaafkan itu sesuatu yang amat mulia.

Sebesar gunung dan lautan sekali pun.
sebesar mana sekali pun.
aku sanggup memaafkan sesiapa sahaja.
kiranya kejahatan tidak berterusan.

Kerana aku sedar;
aku juga melakukan kejahatan.
aku bukan Nabi.
aku bukan Rasul.
aku juga bukan wali Allah.
aku. engkau dan lainnya tidak maksum.

Kerana aku sedar;
aku juga memerlukan kemaafan.
memerlukan pertolongan.
memerlukan kasih sayang.
memerlukan belaian.

Aku juga;
memberi dan menerima.
maaf dan memaafkan.
faham dan difahami.


2 comments:

siti ajar bt yaakob said...

terasa di hati...

Leenoh said...

Sekadar munajat dan keluhan hati.Memujuk hati supaya beristiqamah memaafkan sesiapa sahaja.
Memanggil mutmainnah agar meresap ke dalam diri.