Friday, August 20, 2010

Mendengar bacaan al.Quran pun mendapat pahala (3)


Salam semua.

Huku
m mempelajari ilmu Tajwid.
Hukum mempelajarinya adalah fardu kifayah tetapi beramal dengannya iaitu membaca al.Quran wajib bertajwid, hukum baca bertajwid fardu 'ain ke atas setiap orang Islam.

Asasnya membaca al.Quran adalah membaca seumpama bacaan yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah.s.a.w, sesiapa yang membaca sedemikian rupa maka betullah bacaannya.

Membaca al.Quran adalah wajib membacanya mengikut hukum Tajwid dan makhraj ( sebutan huruf) yang betul.Sekiranya seseorang itu membaca menepati hukum Tajwid maka terlepaslah dari dosa kerana kesalahan bacaan.Walaupun orang tersebut tidak mengetahui ilmu Tajwid kerana membca al.Quran dengan betul boleh juga dihasilkan melalui panduan lain yang terdapat di dalam al.Quran selain mempelajari ilmu Tajwid.

Bagi mereka yang membacanya belum menguasai hukum Tajwid maka wajiblah mempelajarinya sehingga mencapai tahap kualiti tersebut kerana membaca bertajwid itulah yang dikatakan menyerupai bacaan Rasulullah.s.a.w..... Terdapat juga mereka yang pandai Ilmu Tajwid secara teori tetapi apabila bertalaqqi (membaca) bacaannya masih tidak tepat kerana pengetahuannya itu belum sempurna, menguasai tajwid di sini bermaksud menguasai ilmu itu secara kognitif, afektif dan psikomotor ( penghayatan)....Wallahu aklam.

Jom dengar bacaan.

Surah Al.A'-raf - Qari Abdulbari Muhammad.
http://174.36.196.142/~server5/bari/007.mp3

174.36.196.142

Surah Al.Anfal - Qari : Ahmah Al.Hawashi.
http://174.36.196.142/~server5/hawashi/008.mp3

174.36.196.142


Surah At.Taubah - Qari : Ahmad Nauina.
http://174.36.196.142/~server5/ahmad_nu/009.mp3

174.36.196.142

No comments: