Sunday, August 29, 2010

Allah perintahkan manusia supaya taat ibu bapa bukan menurutnya semata-mata.

Salam semua.


Allah perintahkan manusia supaya taat ibu bapa bukan menurutnya semata-mata.

Allah memerintahkan manusia supaya taat ibu bapa tetapi bukan menurutnya (ikut) sesuka hati tanpa ambilkira perintah atau suruhan ibu bapa itu menyalahi peraturan atau sebaliknya, harus diingat bahawa ibu bapa juga adalah manusia,mereka juga mempunyai kelemahan tertentu sebagai manusia, disamping mentaati ibu bapa kita juga dipertanggungjawabkan menjaga hukum-hakam yang telah ditentukan Allah kepada semua manusia.

Pelaksanaan ketaatan kepada ibu bapa itu tidak terkeluar dari merealisasikan ketaatan kepada Allah, mentaati ibu bapa adalah pelaksanaan sebahagian daripada ketaatan kepada Allah.Sekiranya pelaksanaan itu bertentangan dengan pelaksanaan tersebut ianya telah dilarang Allah.

Taat bermaksud mentaati semua suruhan yang tidak bertentangan dengan perintah Allah, sama ada disukai atau benci hendak ditaati dan dituruti, sekiranya suruhan atau perintah yang dikeluarkan oleh ibu bapa telah melanggar perintah Allah maka tidak lagi dituntut supaya anak mentaatinya, namun demikian masih dituntut supaya dilayan dengan baik atau menunjukkan sikap yang baik dan bersopan.

Taat bukanlah turut membuta tuli sehingga berlaku kedua-duanya melanggar perintah Allah.Perintah Allah adalah perintah yang tertinggi, semua manusia berada di bawah perintah Allah oleh itu ibu bapa juga wajib patuh perintah Allah. Ibu bapa dan anak-anak mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap menunaikan perintah Allah.Perintah manusia tidak mengatasi peritah Allah.

_________________________________

17. Al-Israa’


[23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
{ Surah Israa' (17): 23-24 }
_____________________________________
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh benar-benar akan Kami masukkan mereka ke dalam (golongan) orang-orang yang saleh". (Surah An.Ankabuut (29) : 8 - 9 ) ________________________________

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: