Sunday, August 15, 2010

Jom. Kita teruskan sembang mengenai puasa.

Salam semua.

Ahad. 05 Ramadan 1431.


Abad yang ke
21 ini merupakan era negara Malaysia makmur, kita tidak dapat menafikan bahawa negara kita memang dilimpahkan dengan kemakmuran oleh Allah Taala kepada hamba-Nya yang mendiami Malaysia, cuma agihan kemakmuran itu sahaja yang mungkin masih dipertikaikan oleh banyak pihak.Mungkin kemakmuran kelihatan terlungguk di beberapa tempat dan tidak menyeluruh atau agihannya kelihatan kurang adil.Agihan itu terpulanglah kepada rakyatnya yang membuat keputusan kerana setiap orang diberi hak untuk membuat keputusan dan atas keputusan yang dibuat itu pula akan dipertanggungjawabkan Allah di kemudian hari nanti. Panduan hidup telah pun disediakan kepada kita malah kepada semua manusia atas muka bumi ini iaitu Al.Quran dan Al.Hadis.

Untuk manusia bersyukur kepada kurniaan Allah. Allah fardukan puasa ke atas hamba-Nya supaya merasai keadaan tiada kemakmuran dengan berpuasa, semasa berpuasa atau bagi orang yang sedang berpuasa seolah-olah tidak wujud kemakmuran kerana mereka terpaksa menahan lapar dan dahaga.Mereka juga seolah-olah orang miskin yang tiada makanan terpaksa berlapar dan dahaga ketika inilah orang berpuasa itu memikirkan betapa bernilai dan berharganya rezeki dan kemakmuran yang dilimpahkan oleh Allah.Bagi mereka yang tidak berpuasa atau tidak pernah berpuasa mereka tidak merasai dan tidak akan tercetus perbandingan kesusaha dan kesenangan , kemakmuran dan kemelesatan, miskin dan kaya, kalau pun wujud perbandingan hanyalah secara teori yang tidak dapat dihayati sebenarnya dan tidak sampai kepada hakikatnya.Mereka tidak akan faham penderitaan orang yang menderita kerana kelaparan disebabkan tidak cukup makanan.

Apakah masalah orang sedang berpuasa?
1. Sudah tentulah orang yang sedang berpuasa itu akan merasai lapar apabila hari semakin lewat.
2. Kelaparan yang dialami itu mungkin sehingga merasai pedih di dalam perut dan kepedihan itu kekadang menyebabkan muntah.
3.Mungkin juga ada di antara mereka berasa sakit kepala atau pening kerana kekurangan air.
4. Apabila petang hari akan rasa mengantuk dan kekadang tertidur tanpa dirancang.
5. Banyak lagi perkara yang dialami oleh orang yang berpuasa, lain padang lainlah belalangnya dan lain orang lainlah pula ragamnya.
6. Sembelit atau tidak lawas pada waktu siang hari atau pagi hari juga sering menjadi rungutan.
Namun demikian kanak-kanak pun mampu melakukannya.Ini menunjukkan berpuasa itu masih suatu ibadat yang mampu dilaksanakan oleh semua pihak.Masalah yang berlaku berikutannya adalah kerana kita tidak patuh sepenuhnya kepada panduan yang diberikan Rasulullah.s.a.w.

Apakah cadangan yang perlu dilakukan oleh seorang yang ingin berpuasa?
1. Cadangan untuk mengatasi masalah yang disebutkan di atas tadi , panduan untuk mengatasinya telah pun diberikan oleh Rasulullah.s.a.w iaitu dengan mengesyurkan bangun makan sahur selepas tengah malam, amalan ini akan diberi pahala oleh Allah Taala.
2. Melewatkan sahur boleh mengatasi perkara pertama dan kedua di atas, kerana, jika makan sahur lewat bermakna tempoh puasa kita seolah-olah menjadi semakin pendek.manakala amalan ini akan diberi pahala yang lebih besar.Elakkan memakan makanan yang pedas.
3.Semasa berbuka hendaklah orang yang berpuasa itu merancang kadar atau jumlah makanan yang akan dimakan dan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu perut kita akan diisi sebahgiannya dengan air, makanan dan bakinya ditinggalkan untuk ruang edaran angin. sekiranya ini tidak dilakukan kita akan merasi tidak stabil selepas berbuka puasa, makan sekadar hilang lapar sahaja dan apabila lapar semula, maka kembalilah ulang makan kerana perbuatan tidak ditegak asalkan setiap kali hilang lapar hendaklah berhenti makan.( Makan berlebihan itulah yang membawa penyakit dan memudaratkan ).
4. Makan terlebih dahulu benda-benda manis dan buah-buahan seperti kurma atau lain-lain sebelum merasai makana lain adalah panduan berbuka yang terbaik untuk kesihatan , khasnya untuk melawaskan pada waktu siangnya nanti.Minum air secukupnya juga suatu amalan yang semesti perlu beristiqamah.

Sahur lewat sangat-sangat dituntut kerana dengan melewatkan sahur puasa akan lebih sempurna, sebagai contoh, jika kita siap bersahur 10 minit sebelum masuk waktu Subuh bermakna jangka masa kita berpuasa tidaklah panjang dan dalam pada itu kita dapat menunaikan Fardu Subuh pada awal waktu dan tidak timbul lagi terlepas Subuh kerana tidak terjaga tidur.Berbanding dengan mereka yang mengambil sahur 2 jam atau 3 jam sebelum masuk Subuh tempoh mereka berpuasa akan menjadi lebih panjang atau jarak masa terakhir mereka makan dengan waktu berbuka puasa itu menjadi lebih lama.Mereka ini juga akan menghadapi risiko terlajak tidur sehingga lepas Subuh, jika mereka tidur semula selepas mengambil sahur.

Mereka yang mengambil sahur lewat ini atau dalam istilah lain mereka yang mentakkhirkan sahur ini akan menjalani ibadat berpuasa lebih baik dan yakin, berbanding dengan mereka yang makan sahur awal atau tidak bersahur langsung.

Tegasnya panduan yang terdapat di dalam pelajaran atau Bab Puasa itu sangat membantu menyempurnakan amalan ibadat puasa kita.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: