Friday, August 20, 2010

Berebut mendapatkan kepentingan diri.

Salam semua.


Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita itu sebenarnya telah mencukupi, kalau hamba-hamba-Nya mahu berkongsi secara bijak dan adil, sifat tamak telah mendorong masing-masing berlumba-lumba dan berebut-rebut untuk mendapatkannya tanpa memikirkan keperluan orang lain, masing-masing fokus dengan penuh istiqamah untuk mendapatkannya, maka berusahalah dengan sepenuh daya bagi mencapainya, Apabila salah perkiraan siapa pun tidak berjaya mendapatkannya.



Akhirnya tenaga pun kehabisan terpaksalah berhenti dan berikhtiar untuk menyahkan halangan yang mengagalkan usaha mereka itu, mereka dibelunggu dan dijajah oleh ikatan yang sukar hendak dirongkai, apapun mereka terpaksa berfikir diluar kebiasaan, mereka terpaksa mengikiskan sifat ketamakan dan kehalobaan, mereka juga mesti berpakat dan bekerjasama serta bersatu kerana Bersatu Teguh , Bercerai Roboh.

".............Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)".
(Surah Al.Ma-idah : 2)


Setelah berfikir inilah hasilnya, mereka bersatu dan sama-sama berkongsi rezeki Allah itu dengan membiarkan dahulu rezeki yang satu lagi kerana bila sampai masanya rezeki itu juga akan dapat dinikmati bersama-sama jua.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: