Monday, August 9, 2010

Panduan Ringkas Tahniq

Salam semua

Panduan Tahniq:

Sunat dilakukan ke atas bayi pada hari yang ke 7 dikira dari hari kelahirannya ialah becukur semua rambutnya di atas kepala ( bukan cukur jambul ), tahniq dan beraqiqah ( aqiqah sunat muakkad). Sekiranya belum cukup bersedia pada hari tersebut bolehlah ditangguhkan dan ditunaikannya pada masa yang lain. Mungkin bercukur dibuat terlebih dahulu dan aqiqah dikemudiankan.

Tahniq yang dilakukan Oleh Nabi Muhammad.s.a.w. adalah menyuap atau memasukkan manisan (tamar) yang dikunyahNya ke lelangit bayi. Ini dilakukan untuk mendapat berkat kebaikan yang sentiasa ada pada Nabi dan diharapkan anak yang ditahniq itu akan berakhlak baik .

Cara yang baik dilakukan di dalam masyarakat kita sekarang ini ialah dengan memberikan tugas bertahniq ini kepada orang yang berakhlak baik (solih). Buah kurma (tamar) itu dikunyah dahulu oleh orang melakukan tahniq kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi sehingga menyentuh lelangitnya. Buah kurma tadi elok digaulkan dengan sedikit air zam-zam. Diharapkan bayi ini akan mewarisi akhlak orang yang melakukan tahniq. Oleh itu kita perlulah memilih orang yang akan melakukan tahniq seorang yang diyakini berakhlak baik (solih).

Merujuk kepada rambut yang dicukur tadi hendaklah ditimbangkan untuk mengetahui beratnya kemudian disedekahkan emas atau perak seberat timbangan tersebut kepada fakir miskin atau dinilai harganya dengan wang.

Sekian. Allahu aklam.

No comments: