Tuesday, August 10, 2010

Oh Ramadan - Engkau sungguh indah.

Salam semua.

Oh Ramadan - Engkau sungguh indah.

Oh engkau sungguh indah.
Keindahan engkau umpama bulan.
Putih engkau seputih bulan purnama.

Membawa berkat seribu bulan.
Nama engkau selepas Syaaban.
Usia engkau sekadar Syawal.

Di depan engkau rahmah.
Di tengah engkau maghfirah.
Di akhir engkau syorga.

Kehadiran engkau manusia beduyun-duyun berkumpul,
Di masjid.
Di surau.
Di Pasar Ramadan.
Di meja makan.

Oh indahnya Engkau.
Aku cinta padamu.
Engkau datanglah lagi.
Engkau jengoklah lagi.
Engkau ziarahilah kami.
Kami rindu padamu.

Kehadiran engkau belum tiba,
Sudah terasa perpisahannya,
Kerana kehadiran engkau hanya sebentar jua,
Engkau datang dan kembali.
Aku tidak pasti kehadiranmu semula akan bersamamu.
Aku pasti akan terkedu di hari raya,
Membisu seribu bahasa.

Pemergian kau menjadikan,
Hati ini gersang.
Hati ini kosong.
Tiada lagi suara selawat.
Tiada lagi suara riuh kanak-kanak.

Aku tidak malu.
Aku tidak segan,
Menyatakan aku cinta padamu.

Kerana cinta padamu,
cinta pada Allah.
Kerana cinta padamu,
cinta pada Rasul.

Aku tetap menanti kehadiranmu lagi.
Allahu akbar.

2 comments:

Hunny said...

salam Pak ngah,

Bukan main bermadah lagi..hehehee,:)salam Ramadhan buat Pak Ngah dan keluarga..:)

Leenoh said...

Salam Hani...

Sekadar meluahkan perasaan...kalau tersimpan sesuatu di hati apabila diluahkan akan rasa puas dan lega...walaupun luahan sehala pada zahirnya tetapi pada hakikatnya Allah mendengar dan menjawabnya...agaknyalah.