Sunday, August 29, 2010

Berilmu dan bersangka baik.

Salam semua.

Berilmu dan bersangka baik.

Berilmu dan bersangka baik adalah suatu sifat dan sikap yang perlu ada pada setiap orang Islam yang ingin mengembangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam tanpa sifat dan sikap ini masyarakat Islam akan hanya berdakwah di kalangan sesama Islam sahaja. Gerakan dakwah akan bergerak lambat dan perkembangan Islam akan lebih banyak berlaku kerana kelahiran atau zuriat sahaja, manakala orang bukan Islam kurang memeluk Islam.tetapi, sekiranya sifat dan sikap bersangka baik diamalkan oleh orang Islam secara menyeluruh perkembangan Islam akan dipacu lebih laju lagi, Bersangka baik yang dimaksudkan di sini ialah setiap orang Islam bersangka baik bahawa jika orang bukan Islam diberi penjelasan secukupnya mengenai Islam , lambat laun mereka akan memahami dan mengenali serta menerima Islam itu sebagai cara hidup mereka.

Kekadang masyarakat kita bersangka buruk kepada mereka tanpa alasan yang sesuai, apabila timbul sesuatu masalah berkaitan mereka akan memberi respon secara emosi dan tidak rasional kerana kurangnya usul periksa, jika ada kesalahan yang tidak disengajakan sepatutnya berilah nasihat yang baik kerana Islam itu sendiri adalah "Diinun nasihah" ( ajarannya nasihat ), bukan menimbulkan persengketaan dan mencari kesalahan serta mendedahkannya, cara ini menambahkan kekusutan dan kerenggangan di antara orang Islam dan bukan Islam, tugas orang Islam sebenarnya menjinakkan mereka dan seterusnya membawa mereka ke jalan yang benar.Dengan itu bolehlah kita sama-sama hidup di dalam satu rumpun yang terdiri daripada berbagai bangsa tetapi rumpunnya sama iaitu rumpun Islam.

Allah telah pun menjelaskan kepada manusia bahawa Allah memang sengaja menjadikan manusia berbagai bangsa di dalam dunia fana ini supaya mereka berkenal-kenalan di antara satu sama lain dan semua bangsa tersebut pula memperhambakan diri kepada Allah. Betapa indah dan cerianya rakyat Malaysia sekiranya perkara ini benar-benar berlaku di negara kita. jika wujud perancangan tidak mustahil perkara ini boleh berlaku, terlebih dahulu kita perlu ada keinginan, niat dan perancangan ke arah itu barulah harapan tersebut akan tercapai.
__________________________

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
{ Surah Al.Hujurat(49) : 13 }

____________________________________

Allah tidak memerintahkan sesuatu bangsa sahaja menjadi Islam, sebaliknya dipertanggungjawabkan kepada semua orang Islam supaya menyeru ke arah kebaikan dan mencegeah kemungkaran, sekurang-kurang menyeru kebaikan itu mengajak orang bukan Islam menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan mencegah kemungkaran pula mencegah manusia daripada melakukan kejahatan dan menyengutukan Allah, mencegah menyengutukan Allah dengan cara berusaha supaya mereka mengenal Allah ( maghrifatullah )

Kurang berilmu tetapi bersangka baik.
Pendakwah ( orang Islam ) seharusnyalah mempunya ilmu dan bersangka baik kepada kumpulan sasarannya, memiliki ilmu yang tinggi tetapi tidak mempunyai sikap dan sifat sangka baik pergerakan dakwah tidak akan ke mana-mana.Orang yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi tetapi bersangka baik , mungkin akan lebih berjaya dalam bidang ini. Mereka boleh mengajak orang bukan Islam supaya mentauhidkan Allah dan setelah berjaya berbuat demikian selebihnya mereka boleh menyerahkannya kepada orang lain untuk meneruskan penambahbaikan terhadap ketauhidan tersebut.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: