Tuesday, August 17, 2010

Fardu Kifayah -Bengkel Besi - Pandai Besi

Salam semua.

Fardu Kifayah - Bengkel Besi - Pandai Besi.
Fardu Kifayah sebenarnya mempunyai pengertian yang sangat luas bukan sekadar ditumpikan kepada ibadat khas seperti bersolat Jamaah, mandi mayat dan solat mayat atau solat jenazah sahaja.
Pengertian fardu kifayah pada asalnya adalah fardu 'ain, sebelum sesuatu kewajipan itu dilaksakan adalah fardu 'ain iaitu setiap orang Islam wajib memastikan sesuatu kewajipan itu dilaksanakan, misalnya apabila berlaku kematian maka orang Islam di tempat tersebut setiap orang wajib berikhtiar untuk memandi ,kafan, solat dan kebumikan, apabila telah ada suatu kumpulan yang hendak melaksanakan dan akhirnya melaksanaknakan kewajipan tersebut, maka terlepaslah doasa orang lain kerana tugas menyemournakan memadai sekumpulan orang atau beberapa orang sahaja,
Oleh itu bolehlah dirumuskan bahawa Fardu Kifayah itu pada mulainya diwajibkan ke atas semua orang Islam berkenaan ( bagi contoh ini di kampung itu tadi ) tetapi apabila sebahagiannya melaksankannya maka semua orang Islam terlepaslah dosa mereka.

Merujuk kepada Bengkel Besi atau Pandai Besi ( Tukang Besi ) ini pula, Oleh sebab orang Islam memerlukan senjata, pisau atau alat yang digunakan untuk bekerja atau menyembelih haiwan ternakan mereka sama ada untuk dimakan seharian atau untuk membuat ibadat korban . maka wajiblah mereka mempunyai kemahiran membuat peralatan tersebut, wajib tersebut adalah wajib dalam bentuk Fardu Kifayah, Jika tiada seorang pun di kalangan orang Islam memiliki kemahiran tersebut sedangkan mereka memerlukannya untuk menjalani kehidupan harian, maka semua orang Islam akan berdosa, sebaliknya, jika terdapat di kalangan mereka yang mahir membuat peralatan tersebut dan membuka bengkel dan terbuka pula untuk orang Islam lain membuat tempahan atau membelinya, maka orang tersebut dianggap telah memberi sumbangan kepada masyarakat Islam dan umat Islam terlepas dari dosa kejahilan tersebut.

Keris dan Sundang yang belum siap

Rasulullah.s.a.w. bersabda yang mafhumnya " makanan yang baik ialah makanan dari hasil kerja tangan ( usaha ) sendiri"...Merujuk kepada hadis ini bermakna kita disarankan supaya bekerja dan berusaha untuk mendapatkan rezeki untuk diri sendiri dan keluarga, sedangkan Nabi-nabi pun bekerja mencari nafkah untuk kehidupan keluarga.

Contohnya Nabi Adam Alaihissalam mencari rezeki dengan bercucuk tanam, Nabi Daud Alaihissalam bekerja sebagai Tukang Besi dan Nabi Nuh Alaihissalam sebagai seorang Tukang Kayu. Oleh itu tidak ada sebab bagi kita untuk bersifat malas untuk mencari rezeki.
Gambar-gambar ini diambil dari Bangkel Besi Amir @ Zainon bin Daud 2B, Lorong Bahagia, Jalan Kangpung Tengah, Km5. Jalan Mersing , Kluang, Johor.

En.Amir adalah seorang Pandai Besi ( Tukang Besi ) yang mahir. teliti dan gigih dalam melaksanakan kerjanya disamping tidak mengabaikan kewajipan solat dan kewajipan fardu 'ain yang lain, maka jadilah kerja buatnya itu sebagai Ibadat Umum.

Sesiapa yang tinggal di Daerah Kluang dan berminat menempah pisau . keris dan lain-lain bolehlah berjumpa dengannya untuk membuat tempahan tersebut, harga yang ditawarkan sangat berpatutan, mungkin anda ingin menempah pisau untuk menyembelih binatang korban yang akan tiba tidak berapa lama lagi.

Lokasinya hanya 1000 meter dari Masjid Kampung Tengah.

Sekian...wallahu aklam.







No comments: