Tuesday, December 14, 2010

Tanpa ilmu manusia akan sesat.

Salam semua.

Tanpa ilmu, hidayah dan taufiq manusia akan sesat.

Peranan ilmu.
Ilmu memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia. hidayah dan taufiq adalah kurniaan dan pemberian Allah yang amat bernilai.Ilmu merupakan lampu dan cahaya yang menerangi kehidupan manusia tanpa cahaya perjalanan hidup manusia akan tersasar ke arah destinasi yang salah.

Ramai di kalangan kita yang menyedari dirinya tidak mengetahui sesuatu tetapi tidak melangkah sederap ke hadapan dan mendapatkan mereka yang mengetahui untuk mempelajarinya, mungkinkah kerana sebok atau keegoan semata-mata.

Masih ramai mereka yang tidak tahu membaca al.Quran dan lemah dalam bidang ilmu Fikah dan Tauhid tetapi membiarkan keadaan demikian kekal sejak meninggalkan bangku sekolah sehinggalah ke saat ini.Wajarkah sikap itu dihayati dan dikekalkan sedangkan ilmu tersebut banyak disebarkan di masjid dan di surau oleh mereka yang arif di dalam bidang-bidang yang disebutkan tadi.

Menuntut ilmu adalah wajib.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kejahilannya tidaklah berat dosanya seperti yang dilakukan oleh mereka yang alim tetapi orang yang jahil akan menanggung dosanya kerana tidak melangsaikan kewajipan ke atasnya supaya menuntut ilmu.Jahil bukan kerana bodoh atau lemah akal akan dipersoalkan Allah di akhirat nanti kerana mereka enggan menuntut ilmu.Hanya orang yang tidak sempurna akal dan tidak sampai dakwah atau seruan Islam sahaja yang tidak dinilai atau dikira dosa dan pahala mereka.

Kalaulah masyarakat Islam mengambil berat dalam bidang ilmu Islam, nescaya kehidupan mereka akan lebih aman dan bahagia kerana anggota masyarakatnya berakhlak mulia dan taat Allah, masyarakat yang taatkan Allah tidak meletakkan kebendaan dan hawa nafsunya sebagai keutamaan di dalam kehidupan mereka, kalau ada pun mereka yang bersikap demikian ianya dalam bilangan yang kecil dan sedikit serta senang dikawal.

Tekun menuntut ilmu.
Menuntut ilmu memerlukan ketekunan dan kaedah yang tertentu untuk mempercepatkan kefahaman terhadap sesuatu bidang ilmu itu.Menuntut ilmu juga memerlukan guru, menuntut ilmu tanpa berguru seumpama mempelarinya dengan iblis, melainkan mereka yang telah berilmu atau menguasai ilmu dalam bidang yang sama sahaja yang boleh terus mempelajarinya bersendirian tanpa berguru.

Hidayah
dan taufiq
Hidayah dan taufiq bukanlah bidang ilmu seperti yang dijelaskan di atas, hidayah dan taufiq juga tidak mempunyai kaedah tertentu semasa mendapatkannya, sebaliknya taufiq dan hidayah adalah kurniaan dan pemberian Allah kepada hamba yang dipilih-Nya, oleh itu manusia sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa memohon kepada Allah untuk mendapatkannya, hidayah
dan taufiq adalah pelengkap kepada segala ilmu yang dimiliki oleh manusia, memiliki ilmu tanpa hidayah dan taufiq manusia masih belum selamat.
____________________________________

Mafhum mengenai hidayah dan taufiq.

Hidayah.

Setiap orang yang memeluk Islam telah pun mendapat hidayah, setelah mendapat hidayah barulah seseorang itu menjadi Islam atau bersetuju memeluk Islam atau kekal di dalam Islam.Tetapi orang Islam yang mendapat hidayah ini masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah dan meninggalkan perkara yang disuruh, dalam arti kata lain mereka tidak taat sepenuhnya.Penulis juga tidak terkecuali.

Orang Islam yang mendapat hidayah ini menyokong aktiviti Islam, menunaikan solat sama ada secara bersendirian atau berjamaah, bercakap hal-hal Islam tetapi masih mengamalkan riba, tidak menutup aurat,megumpat dan seumpamanya.Namun demikian mereka tetap di dalam Islam.

Taufik.
Taufik ialah kurniaan Allah lanjutan dari mendapat hidayah, setelah seseorang itu mendapat hidayah dari Allah dan menjadi Islam, mereka ditambah dengan taufik, taufik diberi dalam keadaan sedang memiliki hidayah, lengkap melengkapi. Setelah mendapat taufik seseorang itu akan melakukan dan melaksanakan suruhan Allah....tidak lagi bercakap tidak serupa bikin....Orang yang mendapat taufik lebih proaktif sifatnya, ideal , praktis dan unggul.
__________________________________________


Sekian...Hanya Allah Maha Mengetahui.

No comments: