Wednesday, December 15, 2010

Kempen istimewa yang berhak mendapat pujian.

Salam semua.


Hari ini sebelum masuk waktu Subuh aku dah bangun dari tidur dan menggunakan sedikit masa membaca dan mencari maklumat di dalam blog dan Fb, terbaca mesej di "shoutbox" blog laman Kehidupan Bersih mengajak aku sertai kempen menutup aurat, dalam blogku memang terdapat tajuk yang semacam itu dan ramai pula yang membacanya sehingga tersenarai di "Popular Pages Today" -" berada pada no.4 dalam senarai pula, kedudukan ini berlaku sejak 28 April 2009, ini bermakna ramai yang suka membacanya, kalau nak membacanya klik di sini.

Berbalik kepada cerita ajak kempen tadi, aku pun klik baca artikel dia, bagus rupanya, ajakannya agak lembut, aku baca dua artikel depa, memang semuanya bagus-bagus belaka, aku rasa depa ni orang muda yang berpelajaran dan terdidik dengan sempurna, bertuah mak bapak depa.Maih kita baca cuma klik ...(di sini) ...dan... (di sini)...senang sangat ja.


Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Nor Aziha Ibrahim said...

bagus kempen ni

Leenoh said...

Akan menjadi lagi bagus, kalau melibatkan ramai bloggers, termasuk anda sendiri.
T.kasih.