Thursday, December 9, 2010

Berintraksi dengan anak dara Siam

Salam semua.

Dah banyak hari aku tak tulis dalam blog ini, hari ini teringat peristiwa berpuluh tahun yang telah lalu.Setelah aku balik dari Bukit Kayu Hitam lima hari lepas, lantas aku teringat.

Aku nak mulakan dengan cerita aku bercakap Siam dengan penjual buah limau di Padang Besar, Perlis, walau pun aku boleh bercakap sikit-sikit bahasa Siam ala Kedah atau Selatan Siam, aku tak pernah pergi ke Siam (Thailand), kalau nak kata aku pernah pergi pun cuma sekali, itu pun hanya masuk beberapa meter ke kawasan Siam, berjalan kaki dan melintas jalan keretapi di Padang Besar.aku masuk pakai berani ikut kawan sahaja, depa kata itu kawasan Siam, aku pun tak pasti ketika itu, perasaan aku bercampur-campur antara berani dan takut. Dalam hati rasa seriau kena tangkap dan macam-macam lagi, maklumlah pada masa tu masih belasan tahun, aku memang penakut dari dulu sampai lani.

Berbalik pasai cerita aku bercakap Siam dengan " anak dara Siam jual buah limau" (lok sau Thai khai lok nau), aku berhajat nak beli buah limau kerana aku boleh bercakap Siam, jadi aku nak cubalah kebolehanku, aku pun bertanyalah kepada Si Penjual limau yang duduk di merata tempat di sekitar kompleks membeli belah di Padang Besar tu, aku agak ja Si Penjual itu anak dara sebab nampak masih muda.Aku pun bertanyalah harga buah limau yang dijual oleh
salah seorang dari penjual di situ, "sepuluh biji berapa ringgit ? " itulah soalanku di dalam bahasa Siam, ( Sip nuai khit rian ) dia menjawab ( sip nuai mai khai - hai pelau dok - ) " sepuluh biji tak jual - bagi percuma sahaja" sambil dia pandang dan senyum pada aku, fikiranku pada ketika itu terlintas, agaknya dia tak faham bahasaku, rupanya dia faham kerana selepas itu dia membetulkan bahasa aku dengan menyebut padaku ( mai cai sip nuai - sip lok ) " bukan sepuluh biji tetapi sepuluh buah", sebenarnya aku bercakap Siam secara menterjemahkan terus dari Bahasa Melayu tanpa memikirkan struktur bahasa atau kebiasaan mereka. Ketika itu aku juga terlintas bahawa penjodoh bilangan bahasa Melayu tentang perkara ini kurang tepat.

Agaknya kes seperti inilah maka terdapat beberapa purubahan dan anjakan ke arah yang lebih positif dalam bahasa kita kini, umpama tidak sebut lagi pada hari Selasa,pada hari Rabu, seekor lembu, dua ekor kuda, sebaliknya disebut pada Selasa, pada Rabu. satu lembu, dua kuda, aku pun percaya bahawa setiap bahasa akan mengalami anjakan dan perubahan seperti itu.itu adalah perkara biasa.

Anak dara Siam tadi bukan Siam beragama Budha, mereka itu juga rumpun Melayu yang beragama Islam dan bahasa pertuturan mereka adalah bahasa Siam , telor dan pelat bila bercakap Melayu. Walaupun bercakap Melayu tidak fasih tetapi mereka tiada masalah bila membaca al.Quran sebab itu wakil mereka yang menyertai pertandingan membaca al.Quran peringkat antarabangsa ( Musabaqah Tilawah Al.Quran ) mereka sering menjuarainya. Ini menunjukkan al.Quran itu sesuai untuk semua bangsa dan sememangnya untuk semua bangsa.

Cerita satu lagi, ketika aku kanak-kanak aku menggunakan bahasa Melayu dan Siam, ada yang aku tak tahu sesuatu di dalam bahasa Siam tetapi tahu pula dalam bahasa Melayu dan ada yang sebaliknya. Suatu hari tok (nenek) aku suruh aku pergi beli tembakau darat, begitulah yang biasa disebut di tempat aku, manakala di dalam bahasa Siamnya ( Ja don ), aku pun pergilah membelinya, kadai itu hanya beberapa meter saja dari rumah tok, tuan punya kedai itu pun bapa saudara aku saja bukan orang lain, aku pun bagi tau bapa saudaraku tok nak beli "ubat rokok" tiga kupang, bapa saudaraku pun ketawa berdekah-dekah, rupanya aku terjemahkan bahasa Siam ke bahasa Melayu, ja maknanya ubat, haha ... tok aku kekadang bercakap Melayu dan kekadang pula dia bercakap Siam dengan aku, semasa dia suruh aku beli tembakau tu, dia bercakap Siam, jadi aku pun terjemahkan bahasa yang dia sebut tu ke dalam bahasa Siam itulah kesudahannya. aku teringat sampai lani.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: