Friday, December 3, 2010

Mampukah kita mengelakkan diri daripada bercakap tidak serupa bikin.

Salam semua.

"Bercakap tidak serupa bikin" telah pun menjadi suatu ungkapan yang popular dan difahami maksudnya oleh masyarakat umum.Ungkapan ini kita sering ungkapkan dan menujukan ungkapan itu kepada orang lain dan mengecualikan diri sendiri. seseorang itu tidak mungkin dapat mengecualikan sepenuhnya kerana setiap manusia mempunyai kekurangan, hanya Allah sahaja yang sempurna. Oleh itu, ungkapan ini masih sesuai untuk diungkapkan oleh manusia kepada sesama manusia dan sesuai ditujukan kepada mereka yang terlalu banyak dan kerap mungkir janji, hanya Allah sahaja yang layak sepenuhnya mengungkapkan ungkapan tersebut dan ditujukan kepada semua manusia seperti maksud ayat di bawah ini.

____________________________________________________

[41]
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
[42]
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
[43]
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
[44] Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

( Surah al.Baqarah )
_____________________________________________________

Kalau dikaji dan perhatikan dengan teliti memang benar tabiat kita sentiasa "melihat dan nampak kuman di seberang lautan dan tidak nampak gajah di depan mata", Sekiranya manusia dapat melihat semuanya kehidupan manusia akan menjadi lebih baik dan lebih aman.

Kita sering bercakap sesuatu yang kita sendiri tidak mampu melakukannya, seumpama menasihatkan orang lain berhenti makan sebelum kenyang tetapi setiap kali makan kita akan makan sampai kenyang, kita menasihatkan orang Islam supaya bersatu padu tetapi kita sendiri bergaduh dan berpecah belah, kita menyuruh masyarakat menghayati hidup cara Islam tetapi kita sendiri tidak patuh kepada perintah Allah dan kita mengharapkan Islam berkembang tetapi kita tidak berminat untuk menyebarkannya. Demikianlah kelemahan kita, sudah tentu penulis juga tidak terkecuali.

Akhlak dan tingkah laku rakyat yang terlantik menjadi pemimpin sentiasa diperhatikan oleh rakyat biasa, sama ada yang ditutur dan dijanjikan atau diuar-uarkan itu dihayatikan atau diaplikasikan di dalam kehidupan mereka, rakyat biasa sering mendengar nasihat mereka tetapi mereka juga berhak memerhati dan menilainya secara senyap-senyap atau mempertikaikannya bersama khalayak.

Apa pun, jika kita sentiasa bermuhasabah dan memikirkan ke arah yang positif dan mahmudah insya Allah situasinya akan menjadi lebih baik dan budaya bercakap tidak serupa bikin ini akan dapat dikurangkan.

_____________________________________________________

Satu penipuan yang diizinkan melalui khidmat maxis agaknya. Katanya:..... "RM0.50: Terima kasih, anda telah dicaj untuk MMS Resipi yang diterima.(23238)"... Baca di sini.

__________________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Cantik pencuci minda pagi ini. Alhamdulillah kekadang macam terkena batang hidung kakak pulak N3 kali ini. Selalu nampak saja kesalahan org. Tapi sebenarnya org pun sama. Mereka nampak kekurangan kakak sebenarnya. Itulah cakap tak serupa bikin namanya.....

Supermomof4kids said...

Entri yg menarik. Sesungguhnya mmg sukar utk mengelak drp "bercakap tak serupa bikin", berusaha utk mengurangkan cakap yg x serupa bikin.s

Leenoh said...

Salam Kakzakie.

Sebenarnya ungkapan itu tertimpa dan mengena semua orang, cuma sama ada terkena secara tempias, ringan atau berat, itu sahaja berzanya.Hanya Nabi dan rasul sahaja yang terkecuali.

Leenoh said...

Salam MamaArisDania.

Ya. kita hanya mampu bermuhasabah dan berusaha untuk mengurangkan bercakap tidak serupa bikin, kalau sentiasa berwaspada insya Allah akan dapat mengurangkannya.