Friday, December 3, 2010

Reaksi pembaca: Cadangan kembalikan P.Pinang kepada Kedah

Salam semua.

Reaksi pembaca di laman Facebook mengenai berita, "Cadangan Kembalikan P.Pinang Kepada Kedah"
  • Boleh... ambik saja lah. Perlembagaan Tanah Melayu dibentuk dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan Baginda Queen England. Negeri-Negeri Selat seperti Melaka dan Pulau Pinang tidak diminta bersetraja akibat 'ditakluk penuh' oleh British. Pu...lau Pinang di sebut sebagai lepas dari jajahan British dan masuk semula ke Tanah Melayu. Iaitu sebenarnya kembali kepada pemilik asal nya iaitu Kedah.

    >Baca ni sikit, sebahagian dari Peristiharan Tanah Melayu. Orang Melayu kena belajar dan faham perkara ini, kalau nak berbicara tentang Hak Melayu.

    PERMASYHURAN KEMERDEKAAN
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

    BAHAWASANYA kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

    DAN BAHAWASANYA kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

    DAN BAHAWASANYA kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

    DAN BAHAWASANYA kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
  • Seberang Perai (dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley), terletak di Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan Pulau Pinang telah diserahkan kepada United Kingdom oleh Sultan Kedah pada masa itu iaitu Sultan Muhammad Ji...wa selepas kekalahan Angkatan Perang Kedah di dalam peperangan untuk merampas kembali Pulau Pinang oleh British pada tahun 1798.

    Diringkaskan cerita, sempadan dengan Kedah telah dipersetujui oleh British melalui Perjanjian ditandatangai oleh British dengan Siam (BUKAN DENGAN KEDAH. OLEH ITU PERJANJIAN TIDAK SAH) kerana pada ketika itu Kedah adalah dibawah naungan Siam.

    Oleh itu sekarang ini Kedah berhak menlai dan meneliti hak tanah dan sempadan nya di dalamAkta Kedah dan Pulau Pinang 1984.
  • Kalau Tok Nenek kita orang Kedah yang hidup pada tahun 1798 dan berperang jihad untuk mengambil semula Tanah Orang Islam Kerajaan Kedah hidup lagi, NESCAYA KITA SEMUA AKAN DIMARAHI KERANA GAGAL MENERUSKAN PERJUANGAN MENUNTUT HAK NEGERI KEDAH untuk memastikan Islam turut dijamin di tanah milik nya PULAU PINANG!
________________________________________________________

Satu penipuan yang diizinkan melalui khidmat maxis agaknya. Katanya:..... "RM0.50: Terima kasih, anda telah dicaj untuk MMS Resipi yang diterima.(23238)"... Baca di sini.

__________________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

No comments: