Thursday, December 23, 2010

Masa kecilku.(puisi)

Salam semua.

Aku tidak pernah pun berpuisi di mana-mana.
di dalam bilik darjah.
di perhimpunan sekolah.
di mana-mana pentas pun.

Tetapi.......
Hari ini aku ingin melakukannya.
aku tidak perduli apa orang lain kata.
biar baitnya berkecamuk tetapi bingkisan dan muatannya sarat,
ini bukan khayalan tetapi ternyata ianya tulen.


walaupun.....
aku tahu puisi aku punyai bahasa yang hambar dan tawar sifatnya.
apapun itulah aku.itulah diriku.
aku tidak mungkin menjadi orang lain.
aku tidak mungkin menjadi Cikgu Husein Yakin guru bahasa Melayuku,
Jihati Abadi aruah guru sasteraku.
lagi jauh untuk menjadi Osman Awang, A.Samad Said atau Samad Ismail.

Aku hanya Lee Noh,
anak kampung yang berjenama kecil dan kampung-kampungan.
Walaupun kekawanku berjenama besar dan berada di puncak jaya.
Umpama;
Dinsman, aruah Zubir Ali, Datuk Dr.Mohd.Ali Baharom, Datuk Ismail Wadin dan ramai lagi.
mereka hanya kekawanku di sekolah, aku tertinggal dek kelajuan mereka.

Aku sukar mengejar mereka dek beban masa kecilku.
aku sebok mengurus masa kecilku yang terancan dan diancam.
ancaman yang sukar dimengertikan, hanya tersimpan dan tersirat di dalam benak hatiku.
perit derita bak menelan jadam.

Aku lemah menghadapinya, aku jadi bodoh dan mundur,
Tapi Allah masih sayang padaku,
aku reda dan aku faham perancangan dan pelaksanaan-Nya.

Walaupun aku telah maafkan.
tapi mindaku mengulang ingatkannya, sudah terpahat agaknya.
aku harap Allah mengampunkannya kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Aku harap aruah bapaku juga memaafkannya.
sebelum hembuskan nafas terakhirnya.
walaupun beliau terpaksa menanggung segala keperitan akibatnya.
Aku harap syurga sedang menunggu ketibaan bapaku.
Itulah harapan dan doaku.

Aku melihat dan menyaksikan penderitaan bapaku dengan mata hati.
dengan lenangan air mata jernihku, hatiku penuh masyghul.
Ibu,abang dan adik-adikku juga menyaksi dan merasai kesugulannya.

Sudah jatuh ditimpa tangga pula,
aku kagum akan ketahanan bapaku,
ia menghadapinya dengan penuh kesukaran, kesabaran dan ketenangan.
betapa peritnya ancaman yang dihadapinya setiap hari.

Aku harap bapaku reda menerimanya.
aku turut reda bersamanya.
Ya Allah, bapaku ada ketahanan tetapi belum tentu aku.
Ya Allah janganlah Engkau bebankan ujian yang tidak mampu aku menanggungnya.
DAN .....
Ampunkanlah segala dosaku dan dosa dua ibu bapaku serta dosa sekalian muslimin dan muslimat....amin.

Sekian....wallahu aklam.

7 comments:

Ahmad H Al-Qadah said...

Ada penghayatan... ada maksud tersirat.. puisi subjektif...

Ahmad H Al-Qadah said...

Puisi original... bagus

Leenoh said...

Tulis aja dong haha.

Kakzakie Purvit said...

Salam ...

Luahan hati akan meringakan sedikit yang terbuku di hati. Nama-nama besar (yg dikatakan ) itu memang kakak kenal. Dan sekarang kakak pu dah mengenali seorg bernama Leenoh melalui penulisannya juga.

Alhamdulillah....

Leenoh said...

w.salam Kakzakie.

Terima kasih kerana membacanya, tiada manusia yang sempurna tetapi, alhamdulillah masing-masing mempunyai habuan dan rezekinya, apa yang ada itulah habuan kita.

Berpuisi semata-mata ingin mengenangkan ujian yang lampau, ujian memberi kita pengalaman dan nilai tambah.

Anonymous said...

Salam leenoh,
Ana teringat kawan2 lama semasa d maktab mahmud tapi entah ke mana gerangan mereka terutamanya Datuk Dr Mohd Ali Baharom yang terpisah sejak 1971 lagi.Kalau tau bolehlah bagi tau,(arba)

Leenoh said...

Salam sdr.Arba.
Saya ingat sepintas lalu masa lampau dan terus berpuisi, saja merapu..hehe.

Saya pun tidak tahu di mana beliau berada, kalau tidak silap beliau masih aktif dengan ANGKASA lagi.