Friday, December 3, 2010

Perpaduan yang memberi implikasi baik di alam akhirat.

Salam semua.

Perpaduan yang memberi implikasi baik dan bahagia di alam akhirat.

Artikel kali ini ingin mengajak anda menerupong dan menyuluh implikasi perpaduan yang dapat memberi kesan baik sehingga ke alam akhir, iaitu destinasi terakhir perjalanan musafir manusia, terdapat dua tempat khas di sana iaitu syorga dan neraka.Perpaduan bukan sekadar inginkan kebaikan untuk anak cucu tetapi lebih jauh daripada itu.

Perpaduan di antara orang Islam di dalam UMNO dan PAS pernah berlaku pada suatu ketika dahulu ( rujuk sejarahnya), perpaduan ini bukan suatu perpaduan yang dirancangkan tetapi ianya tercetus hasil dari situasi politik ketika itu, Pada hemat penulis perpaduan tersebut sekadar penyelesaian masalah buat sementara dan bukan datangnya dari hati yang ikhlas ( bukan kerana Allah).Walaupun ikatan itu sesama Melayu.Penulis tidak menyebutnya sebagai perpaduan Melayu di sini kerana orang UMNO dan PAS adalah orang Islam. Kedua-dua parti ini pula mengaku bertanggungjawab menegakkan Islam seperti disebutkan di dalam perlembagaan negara.Oleh itu, penulis lebih suka menyebut sebagai perpaduan orang Islam.

Sebelum perpaduan kedua-dua pihak dimetrai
buat kali kedua (jika mahu ) UMNO seharusnya memasukkan dasar Islam di dalam perlembagaan partinya seperti dilakukan PAS terlebih dahulu, bukan UMNO mahu menjadi PAS .UMNO tetap UMNO, UMNO adalah UMNO dan itulah agaknya cara yang terbaik bagi menjinak-jinakkan dua parti tersebut, sekiranya mereka ingin menegakkan Islam dan inginkan perpaduan itu lebih bermakna lagi. Pengakuan ingin menegakkan Islam perlu dicatatkan untuk menjadi bukti bertulis kepada para ahlinya dan orang Islam umumnya atau perlu ada hitam putihnya.

Kalau DAP bersedia duduk semeja dengan PAS, sudah tentu MCA dan MIC juga akan menerima UMNO seadanya dan tidak akan berundur atau menggugurkan persahabatan mereka denganUMNO.Demikian juga parti kompenan lain.`Situasi ini tiada alasan bagi UMNO untuk mengabaikan perkara yang amat penting itu. Sekiranya perlembagaan UMNO tidak dimasukkan perjanjian atau dasar penting tersebut, perpaduan yang diikat tidak akan ke mana, ianya akan berlaku umpama kata orang utara, pi mai, pi mai, tang tu jugak. Tanpa mencatatkan dasar melaksanakan syariat Islam sebagai cara hidup, arus minda UMNO akan sentiasa bertukar-tukar mengikut pemimpinnya, kalau pemimpinnya berminat dengan Islam maka Islamlah perjuangan mereka, kalau sebaliknya, mereka pun akan turut menjadi sebaliknya juga.( berdasarkan pengalaman yang lalu )

Dikatakan di antara sebab berlakunya berpecahan perpaduan yang diikat pada sesuatu ketika dahulu kerana ramai orang FELDA berminat dengan PAS, mungkin PAS dilihat tersemat Islamnya di mulut dan di dadanya, manakala UMNO tidak demikian ,UMNO tidak mencatatkan Islam sebagai dasarnya di dalam perlembagaan parti seperti disebut tadi. ( maklumat ini hanya dengar cakap sahaja bukan suatu kajian )


Setelah UMNO disempurnakan perlembagaan partinya demikian rupa, maka bersatulah anda untuk sama-sama mentadbir negara yang tercinta ini atau bersainglah UMNO dan PAS di atas tanah yang rata dan di padang yang sama. Dengan cara ini penulis merasakan masyarakat kita akan lebih harmoni dan lebih memahami Islam serta hidup Malaysiaku akan lebih diberkati.

Penulis tidak menyarankan apa-apa kepada PAS kerana dasar atau perlembagaan parti mereka telah siap siaga dengan apa yang disarankan itu.

Penulis bukan seorang pakar di dalam politik mahu pun ilmuan Islam dan penulis juga tidak menjadi ahli mana-mana parti politik, cumanya seorang yang melihat dan prihatin dengan perjalanan politik Malaysia khasnya yang ditonjolkan oleh orang Islam sejak puluhan tahun dahulu dan sangat ingin melihat kehidupan yang bersih dan Islam menjadi dasar umum untuk semua rakyat melalui pemerintahnya yang adil dan berteladan.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: