Wednesday, December 29, 2010

Majlis suaikenal asramawan Tingkatan 1.

Salam semua.

Beberapa hari sahaja lagi akan muncul tahun baru 2011, masing-masing akan bergerak sederap ke hadapan mengikut kedudukan masing-masing, baki usia yang belum digunakan semakin pendek, anak-anak akan mulai bersekolah, naik darjah , naik tingkatan, ke universiti, masuk asrama dan sebagainya, artikel ini ingin fokus mengenai asramawan Tingkatan Satu dan amnya asramawan baru di peringkat sekolah menengah.

Aku terasa semacam aku faham hati nurani budak-budak Tingkatan Satu, semuanya aku kutip daripada pengalamanku yang telah lalu. Aku tidak mengaku bahawa aku memberi manja kepada mereka, aku tegas dan garang juga tetapi apabila berkaitan dengan kebajikan mereka , aku rasa mereka patut ditolong dan dipermudahkan urusannya sesuai dengan usia mereka.

Orang dewasa pun kekadang kekok ke majlis berseorangan,begitu juga ke majlis khenduri mereka lebih selesa berteman kecualilah majlis itu di tempat yang sememangnya terdapat ramai kawan dipersekitarannya. Gurupun kekedang gelisah apabila ditukarkan ke sekolah baru kerana menghadapi masalah yang sama iaitu masalah menyesuaikan diri dengan staf yang baru.

Inikan pula pelajar Tingkatan Satu yang datang dari berbagai kampung dan tempat, baru sahaja berjumpa dan sebahagian besarnya tidak mengenali di antara satu sama lain dan terus pula duduk sebilik tentulah masing-masing kekok untuk membawa diri sementara menjadi kebiasaan dan akrab.

Mengadakan Majlis Sauikenal untuk mereka pada awal malam pertama akan mempercepatkan proses pengenalan dan akan cepat berlakunya kebiasaan dan keakraban di antara satu sama lain, majlis tersebut banyak memberi pertolongan dan kelegaan kepada mereka. Bukan sahaja pelajar Tingkatan Satu, malah mana-mana pelajar baru memang memerlukan aktiviti ini, adalah sunat kalau membuatnya atau dalam kata-kata lain berpahala, jika melaksanakannya.

Taaruf sesama penghuni sebilik pada malam pertama sangat penting dilakukan iaitu mengarahkan mereka dengan melakukan beberapa aktiviti yang menjurus kepada cepatnya berlaku perkenalan seperti aktiviti menghafal nama-nama rakan sebilik dan mengenali batang tubuhnya, sedikit sejarah pesekolahan dan lain-lain. Tambah maklumat klik baca di sini.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam ust.

Kalau anak yg biasa berpersatuan agak mudah untuk adaptasi dgn pelajar lain. Cuma kita saja yg bimbang.

Anak biasanya tidak merasa sedih, tapi kita ibu-bapa pula yg lebih kerana setelah 12 tahun tinggal sama tiba-tiba bila masuk 13 tahun kena tinggal di asrama rasa satu kehilangan pula. Mulalah setiap kali lepas solat atau menghadap meja makan airmata berjuraian.

Leenoh said...

W.salam.

Hehe..Kasihnya seorang ibu tiada tandingannya.
Itulah kelebihan mereka yang dijanjikan syorga.