Saturday, December 4, 2010

Bilakah ketikanya manusia terkeluar dari zon penilaian Tuhannya.


Salam semua.

Hari ini penulis ingin mengutarakan artikel ringkas yang juga minta direnungi seperti artikel-artikel yang telah lalu. Suatu pertanyaan sering terpanggil apabila terbaca laporan di media yang menyatakan kita jangan campur adukkan politik dengan agama , lazimnya kenyataan ini ditujukan kepada orang Melayu Islam.Amaran ini lebih menegaskan dan mengingatkan bahawa politik perlu diasingkan dengan agama, perlu diingatkan Islam bukanlah agama seperti agama lain . ISLAM ADALAH SUATU CARA HIDUP.

Politik dengan Islam ibarat baju dengan poketnya, kalau diangkat baju maka terangkatlah poketnya, Islam mendominasi dan menguasai seluruh kehidupan manusia yang terangkum di dalamnya haram.halal,makruh, sunat dan mubah (harus) sebagai penilai pergerakan manusia di atas muka bumi ini.

Tiada suatu ketika pun manusia terkeluar dari penilaian Tuhan (Allah), pergerakan mereka pasti melibatkan salah satu hukum yang tersebut di atas tanpa kecuali.sama ada mereka berada di dalam bidang bisnes, penjawat awam,petani, nelayan, pejuang politik dan sebagainya.

Pergerakan atau pentadbiran mereka akan dilihat dan dinilai oleh Allah.Tiada suatu ketika pun manusia terkeluar dari penilaian Allah, kecuali mereka yang tidak sempurna akal sahaja yang akan terkecuali dari penilaian tersebut.
Sebesar mana dan sehalus mana pergerakan manusia ianya akan dinilai, ditulis dan dipertontonkan di akhirat nanti seperti diperingatkan di dalam surah Az.Zalzalah yang bermaksud;
_______________________________________________________

[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


_________________________________________________________

Mereka yang terkecuali dari penilaian Allah atau tidak direkodkan dosa dan pahala ialah mereka yang tidak sempurna akal seperti kanak-kanak dan orang gila sahaja serta mereka yang tidak sampai seruan Islam.Mereka ini akan dikecualikan dari seksaan api neraka.

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat melarikan diri dari penilaian Allah, penilaian ini bukan suatu pilihan tetapi sesuatu yang dipaksakan , ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah, sama ada kita bersedia untuk dinilai atau sebaliknya, setiap pergerakan kita tetap akan dinilai kecuali golongan yang telah dijelaskan di atas.


Renung-renung dan fikir-fikirkan........

________________________________________________________

Satu penipuan yang diizinkan melalui khidmat maxis agaknya. Katanya:..... "RM0.50: Terima kasih, anda telah dicaj untuk MMS Resipi yang diterima.(23238)"... Baca di sini.

__________________________________________________________

Sekian... wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum....

Bimbang politik diri terancam maka timbul kenyataan politik dan agama tidak boleh disatukan. Zaman sahabat rasulullah mereka yg terlibat sebagai penyampai dakwah semuanya terlibat dlm politik.

Kesan tidak dapat menghayati surah Al-zalzalalah itulah tanpa rasa takut size dosa sebesar zarah atau menggunung itu terus dilalui tanpa henti.

Sedih rasanya mengenang kehidupan keliling kini. Takut dan bimbang sentiasa menghanuti kita...

Leenoh said...

W.Salam.

Kekadang harapkan pagar, pagar makan padi. Mengharapkan dia ajar, rupanya dia tidak sudi.