Thursday, December 23, 2010

Tenang akan kembali bergelora.(puisi)

Salam semua.

Aku berpuisi lagi.
Dikala mindaku tenang, aku terus berpuisi,
kali ini aku berpuisi dengan tenang,
Tenang menjadi fokusku.
Tenang bukanlah sifat tetapi nama tempat.
Selama ini Tenang memang pun tenang,

tanpa apa-apa projek yang diuar-uarkan.

Tenang tidak mungkin terus tenang.
ramai pemaju projek akan datang membawa tawaran.
berbagai-bagai projek akan ditawarkan,
TV yang kurang tenang itu akan sebok menyebut nama Tenang.

Tenang akan dikenali dan masyhur buat sementara.
Tenang akan dikunjungi pembesar negeri dan negara,
Kali ini pembesar negara akan sampai ke tangga rumah,
walaupun bertiang dan bertangga buluh.
terletak di hujung baruh,tetap mereka akan sampai.

Tiang buluh akan ditukar kepada simen yang kukuh,
tangga buluh akan diganti dengan batu-bata berwarna indah,
kerana prihatin mereka ketika ini sangat tinggi.

Tidak perlu ditanya;
kerana musimnya akan kunjung tiba,
musim bantuan,
musim puji-pujian.
musim propaganda.

musim mengelirukan.

musim hiasan bendera dan slogan.
musim yang tiada sesuatu tapi diada-adakan.

Hampir pasti Tenang tidak akan tenang buat sementara.
kerana pilihan raya DUN Tenang akan kunjung tiba.
Tenang akan bergelora kembali dan akan lebih bergelora lagi.

Setiap jalan dan lorong akan dikunjungi,
jalan akan menjadi lebar.
lorong akan menjadi mini tar.

semuanya akan berjalan,dengan tertib,
tidak kasar.

kerana menjaga pengundi,
dan itulah umpannya.
Mereka yang cerdik mengelak supaya kailnya tidak tersangkut diisangnya.
mereka yang suka dan leka akan kenyang termakan umpannya,

walaupun hanya buat sementara,


Habis musim, susah akan kembali,
pemaju projek tidak akan kunjung lagi.
Projek ada tapi tidak semeriah ini.

Inilah budaya kita, itulah juga budaya kita.
kita adalah kita sehinggalah anjakan dibuat.
rakyat memerlukan anjakan sederap ke hadapan,
pemimpin pula perlu mendapatkan pengertiannya.

wallahu aklam.

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam...

Apa yang paling nayata penduduk Tenang akan bertambah tenang dengan senyuman melebar. Yang tidak tenang adalah mereka yang mahu namanya terukir sebagai pejuang (agaknyalah...) di Tenang.

Semoga penduduk Tenang bertambah bijak dalam menentukan Tenang akan tenang.

Leenoh said...

W,salam.

Kalau keputusan dibuat ketika tenang, insya Allah akan beruntung di dunia dan juga di akhirat.

Anonymous said...

Salam leenoh,
Tenang tetap tenang jika memilih jalan yang tenang berpandukan panduan yang sudah pasti tenang yang dijamin tenang dunia dan akhirat.pilihlah dengan bijak samada mahu tenang dunia sahaja atau tenang dari dunia hingga ke akhirat.(arba)