Friday, December 3, 2010

MMS resipi yang tidak diminta dicaj RM0.50.

Salam semua.


Perlu prihatin kerana wang berbilion itu

bermula dengan satu sen.

Satu penipuan yang diizinkan melalui khidmat maxis agaknya. Katanya: "RM0.50: Terima kasih, anda telah dicaj untuk MMS Resipi yang diterima.(23238)"

Adakah ini suatu penipuan, terdapat pihak tertentu menghantar MMS dengan gambar "Begedil" ke telefon bimbit saya, dengan tidak mengetahui tujuan gambar itu dihantar, saya pun tekan untuk membacanya atau melihatnya, perbuatan saya menekan dan membaca itu dicaj sebanyak RM0.50, mesej memaklumkan bahawa saya dicaj RM0.50 ayatnya seperti di atas, mesej menyatakan kena caj itu dihantar sebanyak dua kali,MMS hanya dihantar sekali sahaja, kalau dijumlahkan bermakna pihak sindiket ini telah merampas wang saya sebanyak RM1.00 ( Ringgit Malaysia: Satu sahaja ).
tanpa apa-apa perkhidmatan yang diberikan.

Kali pertama 30.11.2010. (RM0.50)
Kali kedua 03.12.2010. ( RM0.50 )


Kalau mereka ini dapat menghantar MMS tersebut kepada berpuluh ribu pelanggan MAXIS tentulah jumlah wang yang dikutip secara kaedah penipuan ini akan memungkinkan mereka menjadi orang kaya baru.

Kemusykilan ini ditujukan khas kepada MAXIS.Diharap pihak MAXIS membuat siasatan dan memberhentikan perkahidmatan penipuan ini.

Sekian...wallahu aklam.

3 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

assalamualaikum ustaz..

laaa untuk resepi mcm tu pun di caj RM1 ye.. kesian ustaz.. takpe kalau ustaz nak resepi bergedil, jemputlah ke blog masak saya kat bawah ni ya.. terimakasih.. :)

http://izzcooking.blogspot.com/2010/02/resipi-25-bergedil-daging.html

Leenoh said...

Waalaikumussalam Izzah.

Sebenarnya saya tidak minta pun resipi itu, imej begedil itu adalah alat untuk mereka memerangkap siapa sahaja.

Suatu cara mereka menipu dan mengutip duit haram.

Nanti saya link blog itu di blog saya.

Unknown said...

nak cancel macam mana? mesej cara nak cancel saya dah terbuang.saya dah merana dengan mms resipi ni sejak bulan 3 2010