Monday, December 27, 2010

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu 2011.


Salam semua.

Masa berjalan dan terus berjalan cuma empat hari lagi sahaja berbaki manusia di seluruh dunia akan melangkah masuk ke tahun yang baru pula iaitu tahun 2011, mengikut perkiraan tahun Hijrah penghijrahanya telah melangkah masuk hari yang ke 21 pada hari ini , kini telah pun berada di dalam tahun 1432, tahun-tahun yang mendatang dirasakan lebih mencabar lagi berbanding dengan tahun-tahun yang telah lalu, ini dibayangkan melalui kenaikan harga barang pada setiap tahun dan kekadang berselang bulan. Tahun 2011 mungkin akan lebih rancak dan mencabar lagi. Ini semua menuntut kita supaya berfikir dan terus berfikir, juga membuat perkiraan yang betul dan adil bagi setiap bidang dan situasi .

Mereka yang mempunyai ramai anak terpaksa bertungkus lumus mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan persekolahan mereka, kini sudah hampir tiba masanya. Perdaftaran bagi pelajar sekolah rendah mungkin telah pun disempurnakan kerana biasanya sekolah rendah akan memberi tempoh yang panjang untuk para waris mendaftarkan anak mereka. Berbeza dengan sekolah menengah yang menetapkan sehari khas untuk pendaftaran Tingkatan Satu, kenyataan ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah lalu, banyak tahun juga terlibat dengan tugas tersebut bersama rakan sejawat. Pengalaman itu merumuskan bahawa tidak sesuai diadakan sehari sahaja untuk pendaftaran, suatu anjakan perlu dibuat.

Pada hematku.
Menentukan sehari untuk pendaftaran pelajar Tingkatan Satu ada baik dan buruknya. Suasana sekolah pada hari tersebut seperti berpesta kerana kehadiran waris yang ramai, ibu bapa dan murid akan hadir pada hari pendaftaran, sekiranya sekolah tersebut menempatkan pelajar Tingkatan Satu seramai 400 pelajar bermakna kehadirannya mencecah 800 orang atau lebih. Jika mereka datang serentak keadaannya akan menjadi sebok, bercelaru dan sesak, tugas yang senang itu akan menjadi lebih susah, sedih melihat guru melayani para waris dan murid dalam keadaan sentiasa kalut, berlebih-lebih lagi sekiranya ditambah pula dengan perancangan yang tidak kemas dan tidak cekap. Perancangan yang cekap sekali pun situasinya akan tetap menjadi kurang sempurna apabila melayani pelanggn yang sangat ramai yang penuh sesak menunggu pada suatu ketika di hadapan kaunter pendaftaran. Kekadang guru yang sedang menguruskan pendaftaran itu dikerumuni waris dan murid sehingga tidak selesa untuk bernafas, situasi itu berlaku kerana kaunter pendaftaran ditempatkan di dalam bilik darjah atau di tempat yang terbuka.

Apabila para waris menunggu terlalu lama terdapat di kalangan mereka yang merungut dan tidak sabar menunggu menyelesaikan pendaftaran tersebut, situasi ini menyebabkan para guru tidak sampai hati untuk berehat dan makan. ( pernah berlaku ). Guru bertugas pada hari tersebut juga diminta supaya mengutip bermacam-macam yuran pada hal mengikut peraturan guru bukanlah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip yuran, tugas tersebut adalah tugas perkeranian. mengutip yuran dikira tugas tambahan yang terpaksa diselesaikan oleh Guru-guru Tingkatan.

Merujuk kepada pengalaman yang telah lalu, pernah suatu ketika pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dilaksanakan dalam tempoh selama seminggu untuk waris datang mendaftar anak-anak mereka, pendaftaran dibuat di pejabat sekolah oleh kakitangan pejabat , tetapi anjakan ini tidak kekal, beberapa fail disediakan oleh Guru Penyelia Tingkatan Satu dengan membuka fail sejumlah kelas yang akan dibuka, fail - fail itu dinamakan sebagai K1, K2, K3. K4, K5 dan seterusnya , setiap fail akan mengisi dokumen 40 pelajar, fail ini adalah fail sementara, di mana fail tersebut akan diisikan maklumat penting pelajar di antaranya salinan Sijil UPSR. surat beranak, salinan Kad Pengenalan, surat penempatan dari PPD dan lain-lain. Segala pembayaran yang dikenakan akan dikutip pada hari persekolahan. Penyelarasan dan penyesuaian kelas dibuat dalam minggu pertama persekolahan. Kaedah ini dapat menyelesaikan banyak kerumitan.

Semasa pendaftaran pelajar akan beri kad khas sebagai pengenalannya, sekiranya dokumen mereka berada di dalam fail K1, maka pelajar tersebut akan diberi kad K1 dan demikianlah seterusnya. Kad tersebut mereka akan memakainya pada minggu pertama sehingga selesaikan penyelarasan kelas disempurnakan, selepas itu mereka akan ditempatkan mengikut kelas yang telah ditetapkan.

Urusan pendaftaran pelajar dan mengutip yuran adalah urusan perkeranian dan bukannya tugas hakiki guru, selain daripada itu banyak lagi kerja-kerja yang dibebankan ke atas bahu guru, walaupun bahu guru telah pun senget sebelah dek beratnya beban yang mereka tanggung masih ada beban baru yang bakal muncul untuk diselesaikan, jika diberi RM500.00 sebulan sebagai bayaran tambahan rasanya dapatlah juga mengurangkan rasa letih dan penat serta tensyen selama ini.

Sekian...wallahu aklam.


4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Terkenang masa pendaftaran anak sulung kakak tahun 2009 ke tingkatan satu. Bukan kakak dan hubby saja yg hantar tapi anak yg 2 org lagi pun ikut (maklumlah masa tu baru balik dari Mekah masih rindu tak mahu berpisah). Kalau ust. kata ibubapa dah 2 kali ganda, yg bawa anak macam kakak ni lagilah berganda. Memang bercelaru.

Kami membahagi tugasan iaitu kerja pendaftaran (papanya buat) dan mengambil keperluan utk tinggal di asrama (kakak buat)cepat sikit.

Hunny said...

Kesian kat cikgu. Dah le banyak kena urus masa pendaftaran. Patut ada kerani yang bantu.

Leenoh said...

W.salam Kakzakie.

Sebab itu pihak berkenaan perlu memberi masa yang lebih panjang untuk pendaftaran.

Leenoh said...

Tugas pendafaran dan mengutip yuran sememangnya tugas kerani kerana itu adalah kerja perkeranian bukannya keguruan.
Pak Ngah berharap akan berlaku anjakan pada suatu hari nanti.