Wednesday, December 1, 2010

Berfikir secara proaktif dan berandaian.

Salam semua.

Apabila banjir berlaku dan semakin besar pula bencana yang ditinggalkannya berbanding dengan masa lampau, maka seharusnya kita berfikir secara proaktif dan tidak lagi secara rutin tanpa berandaian bersabit dengan peristiwa yang telah berlaku.Segala longkang dan anak sungai tentunya menunggu untuk diurus dan diperbesarkan.Lazimnya begitulah hasil kejutan berikutan peristiwa banjir melanda sesuatu tempat atau sesebuah negeri. Kita juga akan mengandaikan bahawa dalam jangka masa lima atau sepuluh tahun akan datang bencana banjir akan berlaku lebih besar, sekiranya tidak ditangani mulai sekarang.

Demikanlah juga kejutan berikutan peristiwa orang bukan Islam berhujah dengan menggunakan isi kandungan atau terjemahan al.Quran di dalam ceramah atau ucapan umum, kita hendaklah berandaian bahawa terdapat ramai lagi di kalangan orang bukan Islam yang sedang mempelajari al.Quran melalui terjemahannya pada masa ini dan akan bertambah bilangannya pada masa yang akan datang.

Kalau kita merasai gusar dengan situasi ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita kerana situasi itu adalah digalakkan oleh Islam, al.Quran bukan diturunkan khas untuk orang Islam sahaja, bukankah ketika al.Quran diturunkan tiada siapa pun yang Islam, al.Quran diturunkan untuk dimanfaatkan oleh semua manusia di dunia ini kerana dengan memahami al.Quran manusia akan kenal Allah dan akan memperhambakan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Manusia juga akan mengetahui hakikat Allah menjadikan manusia dan kejadian sekalian alam ini. Orang Islam berkewajipan memberi motivasi dan berdakwah kepada mereka sehingga tercetusnya kesedaran tersebut. Setelah wujud inovasi di dalam diri mereka, mereka sendiri akan memperkayakan lagi pengetahuan tersebut dan akhirnya insya Allah mereka akan kenal Allah (makrifatullah).

Mempelajari al.Quran atau tafsirnya memerlukan tatacara, adab dan tertibnya yang tertentu . Hanya orang Islam sahaja yang mengetahui tatacara dan adab tersebut kerana orang Islam mempelajarinya melalui rantaian dan talian yang bermula dari Nabi Muhammad.s.a.w. sehinggalah zaman kini.


Disamping menegur kesilapan atau ketidaktertiban yang dilakukan oleh orang bukan Islam terhadap penggunaan terjemahan ayat al.Quran. Di sana terdapat tanggungjawab kita sebagai orang Islam menyediakan ruang yang seluas-luasnya untuk mereka mempelajarinya.Tanggungjawab ini nampaknya belum terserlah aktivitinya, minda proaktif perlu bergerak keluar sederap lagi ke hadapan untuk berdakwah dan memberi semangat kepada mereka supaya terus mencari kebenaran yang tersurat dan tersirat di dalam al.Quran.

Sekian...wallahu aklam.


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Setuju apa yang diperkatakan. Sebenarnya Al-Quran untuk semua. Tapi ada yg mempergunakan politik sebagai alasan tidak membenarkan bukan Islam menghayatinya. Sepatutnya kita gembira bila mereka dapat memahami bukan memprotes. Atas dasar itulah sukar untuk memperkembangkan Islam di tempat kita.

Musibah yang Allah turunkan tidak pernah difikirkan sebagai ada hikmah disebaliknya. Sedihnya bila musibah turun ia bukan melanda hanya mereka yg engkar saja tetapi juga semuanya yg ada.

Leenoh said...

Waalaikumussalam.

Fikrah Islam perlu disebarkan lagi supaya gambaran terhadap Islam lebih difahami lagi.